Followers

Saturday, April 9, 2011

279. Kenduri..

Posted by Iera at 9:12 PM
Hari ni Tok Wan buat kenduri arwah untuk Mak Tok. Mak dan Aina dah pun pi semalam. Pagi ni awal-awal Iera dan Wani bertolak. Bukan jauh pun..Dekat Mengkuang je. Semua anak cucu cicit Tok Wan ada kecuali Mak Ndak. Mak Ndak tinggal kat KL. Tak dapat balik. Bila dah berhimpun, riuh rendah rasanya..Pot pet itu..pot pet ini..Seronok sangat..

Menu? Daging Masak Hitam, Gulai Daging dan Ayam Masak Merah. Memang terangkat beb..Jemputan di kalangan ahli keluarga terdekat..Tapi meriahnya macam kenduri kahwin..Mak Cik pun kata macam tu..Dan bulan 6 nanti, Tok Wan akan buat kenduri lagi tapi kali ni lagi besar dari ni..Mak Cik cakap la..kalau ada sapa-sapa yang nak kawin tu boleh la join sekali..

Penat? Memang terasa walau makan secara buffet. Apa apun memang best. Lepas je semua tetamu balik, Iera, Mak Cik, Mak, Tok Wan, Mak Teh, Pak Teh dan Pak Cik ke kubur arwah Mak Tok. Tok Wan nak letak batu nisan. Kasih sayang Tok Wan kepada arwah Mak Tok tiada tandingan. Masa nak balik, Tok Wan suruh Mak Cik drive kereta.

Iera dan Wani balik pukul 6 petang...Walau letih tapi happy sangat...

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea