Followers

Sunday, April 3, 2011

275. Cikgu Masa Sekolah Rendah

Posted by Iera at 2:01 PM
Kawan Iera, Farhon update status kat fb yang dia bertemu dengan cikgu Abdul Majeed Abdul Hamid. Betul cakap Farhon, setelah 22 tahun..baru bertemu semula. Cikgu Abdul Majeed ni dulu pernah mengajar kami masa standard 4 kat Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai. Waktu tu beliau baru mula mengajar. Kiranya kami ni murid beliau yang pertama lah..

Iera dah pun add cikgu Abdul Majeed tu dan dah chat pun tadi. Syukur sangat sebab dapat bertemu beliau. Cuma agak terkilan, sebab Iera bukanlah anak murid yang berjaya macam kawan-kawan Iera yang lain. Baik dalam pelajaran mahupun life. Malu kan rasa bila bertemu balik cikgu-cikgu yang pernah mengajar Iera dulu tapi life Iera macam ni..Kawan-kawan lain ada yang jadi cikgu..yang keje bagus-bagus dan yang bukak bisnes sendiri...Tapi ni adalah reality yang perlu Iera depani.( sama macam 1st time bertemu semula kawan-kawan kat fb ni..). Apapun Iera sekarang, itulah yang harus Iera akui. Kesilapan adalah pengalaman dan satu pengajaran.

Walau Iera tak jadi cikgu, Iera tetap cikgu kat rumah kan..Sebabnya Iera kena ajar Aina buat homework dan Iera still belajar untuk improve keje..Dan sekali sekala terpaksa buat presentation untuk teamwork..chewah..( sebenarnya ayat nak menyedapkan hati..)

Harap dapat bertemu lagi cikgu-cikgu yang pernah mengajar masa kat sekolah rendah dulu..kat sekolah menengah..

2 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

salam ziarah dan folo blog ini..

semua tuan belog dirahmati Allah SWT

Iera said...

Waalaikumussalam..

terima kasih..amin..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea