Followers

Friday, April 22, 2011

285. Salahkah Aku

Posted by Iera at 9:31 PM

Dalam apa jua keadaan Iera jarag sekali mention nama sapa-sapa tiap kali update blog or post status kat FB. Memang ayat-ayat Iera guna boleh menyakitkan hati orang..tapi kadang-kadang ayat-ayat itu ada maksud lain. Benar, memang tak pandai dalam menilai tapi tak juga bodoh untuk memahami..Dan selama ni, Iera tak tulis pun apa-apa, just cuma suruh reply message je tapi sebaliknya yang Iera dapat. Itu pun Iera tak balas. Iera diam sebab Iera nak menjaga hati semua orang walau sebenarnya hati Iera dah terasa suatu waktu dulu hanya kerana bertanya satu perkara.

Tapi bila Iera ada postkan satu kata-kata, Iera dihentam..Actually, memang nampak seolah Iera mengutuk orang tapi Iera bukan tuju pada sorang individual tapi banyak orang..pasal keje..pasal hati Iera. Dalam hal ni, mungkin benar, Iera ni cepat melatah..Sampaikan post perkara yang tak sepatutnya. Tapi, Iera tak pernah tag sapa-sapa..tak pernah kata 'hang baca ni..aku kata kat hang si polan..'Dan tak seorang pun tahu kepada siapa Iera cakap dan untuk apa Iera luah tu..Dari mula Iera start berFB, Iera dah tulis macam-macam..hal Aina, family, kawan-kawan, suka duka...tapi kenapa hanya satu post tu boleh membuatkan hati orang terguris..

Iera tak pernah lupa asal usul Iera dan tak pernah riak bila hidup dah berada di atas. Hanya 2,3 orang kawan Iera je tahu macam mana hidup Iera sebenarnya sedangkan orang lain tak pernah Iera ceritakan..Dan hanya sorang je tahu segalanya..Dan hanya pada dia juga Iera selalu menangis..selalu mengeluh..Dan Iera tak pernah kata Iera berada di putaran roda teratas..sebab Iera tahu roda itu selalu berputar..dan akan berputar dari atas ke bawah..

Sekarang ni Iera menanti hanya 2 perkara..Perkara penting..Dan perkara tu tiada kaitan dengan sapa-sapa..Hanya tentang masa depan Iera je..Dua perkara tu lah yang Iera tiap-tiap hari menanti..Mengharap..Sebab bila Iera dah korbankan segalanya..Iera mesti nak ganjaran tu..Dan 1 perkara tu, tiap-tiap hari Iera dok push..setiap hari..walaupun Iera terpaksa tebalkan muka..jadi macam pengemis..walhal meminta hak sendiri..Perkara apa, biarlah Iera diamkan dulu..bila Iera memeluknya..Iera akan war-warkan..

Iera memang pantang bila orang mungkir janji dan Iera bukan kejam untuk bertolak ansur. Tapi Iera memang tak suka dibiar dalam tanda tanya. Persoalan itu menganggu fikiran kerana Iera lebih suka setiap persoalan berjawapan..Bukan 2 hari..bukan juga 2 minggu tapi hampir 2 bulan..Sekejap itu..sekejap ini..tapi bukan soal yang berkaitan orang lain hanya tentang impian Iera.

Mungkin Iera ni bukan orang terbaik untuk berkongsi rasa..Bukan juga manusia sempurna untuk menangis bersama..Juga bukan insani yang berhati mulia..Tapi sekejam Iera, Iera tetap ada hati dan perasaan yang masih punya pelbagai rasa. Jika Iera ni adalah pesalah yang telah 'membunuh' hati orang lain..hukumlah sebagaimana mahunya..biarlah penilaian menjadi racunnya..

Mungkin esok, mungkin juga hari ini...segalanya berubah..mungkin keadaan tak sama seperti dulu..Hanya masa yang akan menentukan...

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea