Followers

Tuesday, April 5, 2011

277. Hrmm...

Posted by Iera at 11:27 PM

Pukul 5 petang tadi dapat SMS dari ex. Nak ajak keluar makan dengan Aina. Iera pun ok je. Pukul 6.30 petang, Iera tunggu dia kat kedai makan yang dijanjikan tapi kedai tu tutup. Masa tengah tunggu ex, Aina asyik cakap nak ke rumah ex. Nak jumpa abah dia. Memang dia tak tahu yang Iera bawak dia keluar tu nak pi jumpa abah dia sebenarnya.

Nampak saja ex datang, Aina happy sangat. Iera memang tak mau makan sebenarnya tapi ex ni bab makan suka paksa. Dia bukannya bagi diet-diet ni. Terpaksalah makan. Tapi Iera order bihun goreng je. Aina nak nasi ayam dan ex macam selalu nasi goreng biasa. Time makan tak perlu risau. Ex akan layan Aina sebab Aina pun kalau abah dia ada, sikit-sikit abah itu..sikit-sikit abah ini..

Sempat juga Iera tanya perkembangan mak dia. Mak dia kena buat operation sebenarnya tapi mak dia mintak tangguh dulu. Nak try berubat cara tradisional. Sedih juga dengar..

Lepas makan, Iera perhatikan ex dan Aina. Ada satu pertanyaan kat dalam hati Iera. Tapi Iera hanya simpan je. Rasa pelik pun ada. Baru kelmarin dia datang rumah tengok Aina..memang lah tak salah..cuma tak pernah pun ex ajak Iera dan Aina makan kat kedai makan selain KFC dan MCD. Mungkin dia saja nak jumpa Aina kot..Dan mungkin juga kat rumah tak ada sapa..dia boring makan sorang-sorang..

Waktu balik, Aina naik motor dengan ex dan Iera follow dari belakang. Dah sampai kat area rumah Iera, ex akan pass Aina kat Iera. Tapi ni tak. Ex hantar Aina sampai kat rumah. Iera pun tak terkata apalah..

Lepas dia balik, iera terfikir jugaklah..Kenapa dengan ex hari ni..Risau lah pulak. 20 min lepas tu, Iera SMS dia. Alhamdulillah..dah selamat sampai rumah..Legalah sikit..

Tapi apakah erti semua ni?

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea