Followers

Thursday, March 3, 2011

256. Tak Mau ke Sekolah..

Posted by Iera at 12:23 PM


Tahun ni tahun 1st Aina sekolah. Selama ni Aina hanya didedahkan dengan huruf ABC dan abjad 123 dari buku-buku yang Iera belikan. Bila Iera yang ajar, faham-faham je..Aina takkan sungguh. Dan untuk ajar Aina perlukan kesabaran sebab yang Iera nampak..Aina lebih suka menghafal dan mengeja..suka melukis dan mewarna dari menulis. Aina memang minat sangat nak ke sekolah. Bila dapat tau, dia akan bersekolah..semangatnya berkobar-kobar. Tak susah untuk kejutkan dia bangun bila cakap dia perlu ke sekolah hari tu.

Tapi sejak akhir-akhir ni, mood Aina dah hilang. Bangun pagi terasa malas. Bila nampak pintu sekolah wajah dia dah tak ceria. Kadang-kadang airmata dia menitis. Bila Iera tanya, dia hanya diam, sapu airmata dan kemudian masuk kelas. Dan Iera siasat hal ni. Rupanya dia tak suka sorang kawan kelas dia yang suka mengusik dia. Iera ingatkan hal tu dah habis sebab Aina dan budak lelaki tu dah berkawan baik.

Dari Mak Njang aku yang setiap hari ambik Aina dari sekolah, Mak Njang Iera terdengar cikgu tengah marahkan Aina ( masa tu cikgu tu tak sedar yang Mak Njang Iera ada kat luar )

'Dah 3 bulan sekolah..tak tau nak tulis lagi? Semua nak cikgu tulis?'

Reaksi Aina masa tu, hanya diam. Iera cuba think positif dan mengatakan semua itu untuk kebaikan Aina. Tapi tak adil la untuk Aina sebab dia baru dua bulan masuk sekolah..dia belum faham rule sekolah.. Perlu mengerti yang dia tak boleh nak bergantung kepada orang lain jika nak pandai. Kat rumah, semua homework Aina, dia buat sendiri dan memang aku yang ajar dia buat homework tu. Tak ada satu huruf pun Iera tolong tulis untuk Aina.

Pagi tadi ( 1hb March ), Aina menangis sebab tak mau ke sekolah. Iera tanya kenapa dan Aina bagitau cikgu garang dan selalu marah dia. Iera pujuk Aina dan polish otak Aina dengan kata-kata positif. Iera nak minat dia untuk ke sekolah kembali. Lepas je Aina masuk kelas, Iera terdengar cikgu tu berkata kepada semua student dengan lantang dan tegasnya:

'Sapa nak makan pi cepat. Pukul 8.15 tak boleh makan dah. Mai sekolah bukan untuk main-main. Kena fikir tu.'

Iera cepat-cepat beredar dari situ sebab tak sanggup nak dengar apa lagi yang cikgu tu nak cakap kepada budak-budak berumur 5 dan 6 tahun. Walau Iera bukan cikgu dan tak ada talent pun untuk jadi cikgu, tapi hati naluri sebagai ibu merasakan tak sepatutnya cikgu tu bercakap macam tu kat budak-budak tadika. Bukan kerana Aina salah seorang dari mereka tapi Iera rasa perlu ada ketegasan dalam kelembutan. Ada cara untuk mengajar mereka.

Patutkah seorang cikgu berkata macam tu? Atau Iera yang terlalu sensitif dalam hal ni? Iera tak minta Aina dimanja tapi kalau setiap hari macam ni, minat Aina akan hilang.. Dari seorang yang suka ke sekolah..suka belajar akan jadi seorang yang lebih suka berada di rumah..

Iera pernah tanya pengalaman cousin aku hantar Aina ke tadika yang sama tapi branch lain..Tak ada masalah. Mungkinkah cikgu tu yang bermasalah? Dan Iera dengar, ada juga beberapa orang parents tak puas hati dengan cikgu tu. Reaksi mak Iera dalam hal ni? Hantar private school or tukar branch lain. Lari bukan selesaikan masalah. Perlu lakukan sesuatu dalam perkara macam ni.

2 comments:

attyfir said...

rasa kty ..aina tak happy kt sekolah tuh,
sebabnya cikgu tu garang sgt..

sepatutnya kat sekolah tadika mesti ada process
fun learning baru budak2 ada minat ..ni cikgu mcm singa, budak2 jadik takut..

Iera said...

iera pun rasa mcm tu jugak, kty..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea