Followers

Tuesday, March 1, 2011

255. Macam-Macam..

Posted by Iera at 9:41 AM
Family Iera dengan family mak sedara-mak sedara Iera yang lain memang rapat. Tak ada masalah kecuali dengan family Pak Ngah Iera. Pun begitu, tetap bertegur sapa macam biasa. Isu ni dah lama sejak arwah Mak Tok jatuh sakit. Tapi lately ni semakin menjadi-jadi. Hal ketidakpuashati dari pelbagai pihak tentang kesihatan arwah Mak Tok. Yang paling teruk kena hentam adalah family Iera. Sebabnya kami jarang balik sana.

Bila Mak Tok meninggal, isu hutang piutang..isu harta benda..pulau memulau timbul. Tak ada siapa pun sebenarnya memulau siapa. Yang berhutang hanyalah seorang. Orang yang tak puas hati tu je. Malam ketiga arwah Mak Tok meninggal, Tok Wan panggil semua anak menantu berhimpun. Cucu-cucu cicit yang ada boleh turut serta. Iera bukan nak bukak pekung keluarga tapi inilah kisah yang sedang berlaku dalam hidup Iera.

Inilah kronologi beberapa peristiwa penting :

1. Duit sedekah, duit bank dan barang kemas arwah Mak Tok dan Tok Wan.
=> selama ini Mak Cik diamanahkan Tok Wan untuk uruskan semua tu sebab Mak Cik senang nak bergerak sana sini. Lagipun Mak Cik tak terikat dengan keje. Sebagai agen insurans, Mak Cik bebas untuk ke sana sini. Malam tu Mak Cik serah semuanya pada Tok Wan. Di hadapan semua orang sebab tak mau ada yang tak puas hati.
=> Tok Wan amanahkan kepada Mak Cik sekali lagi untuk urus semua duit tu. Dan semua bersetuju. Cuma Tok Wan still tercari-cari 1 lagi utas rantai arwah yang sampai hari ni tak ada. Mungkin arwah tersilap letak. – Mak The dengan direct sound pada sepupu Iera yang tak tau usul periksa bagitau mak dia ( Mak Ngah ) kononnya kami tengah mengata family depa. Terdiam sepupu Iera. ( Iera memang dok tunggu time ni..suka sgt )

2. Kain batik – Tok Wan suruh anak-anak ambik sorang sehelai kain batik peninggalan arwah sebagai kenangan tapi bukan untuk dipakai.

3. Tok Wan nak serahkan balik kereta yang sekarang ni Tok Wan guna kepada Mak Cik. Tok Wan bersyukur sangat sebab Mak Cik sanggup bagi Tok Wan guna kereta tu. Dengan kereta tu lah Tok Wan bawak arwah berubat sana sini..berulang alik hospital..

4. Pak Ngah bersuara kononnya ada orang tuduh dia menyebabkan arwah Mak Tok stress kesan dari berubat tradisional kerana dia orang yang terakhir berubat arwah. Kononnya ada ‘benda’ dalam badan arwah. Mengikut kepakaran doctor pula, Arwah terkena serangan jantung yang tiba-tiba dan darah tinggi naik mendadak. Mengikut kata Mak Su dan Mak Cik, ‘benda’ yang kononnya ada dalam badan arwah dah tak ada dah pun sebenarnya. – Sudahnya Tok Wan masuk campur.

5. Mak Ngah dengan megahnya bertanya kenapa kami semua seolah pulaukan mereka dan Mak Lang Iera ( isteri Pak Lang ).
=>Mak Teh bukak mulut persoalkan balik yang Mak Lang sendiri yang tak mau bercampur dengan kami. Kami berhimpun bukan mengata sesiapa..just borak-borak kosong..cakap hal masing-masing..Sampaikan arwah pernah Tanya pada Mak The kenapa Mak Lang tak pernah nak duduk bersama sebaliknya lebih suka menyendiri. Masa ni, Mak Lang tak bersuara. Hanya Mak Ngah yang over lebih.

6. Timbul soal orang tu tak jaga arwah..orang tu tak datang tengok arwah.
=> Tok Wan masuk campur. Arwah sendiri tak pernah persoalkan hal ini kerana arwah tahu yang anak menantu dan cucu-cucu arwah semua ada kerjaya, ada tanggungjawab pada keluarga…Masa ni Tok Wan bagitau semua pasal mak dan Iera yang selalu bagi duit pada Tok Wan. Adalah beberapa RM. Tok Wan bagitau mak baru ni, Tok Wan terpaksa bagitau pada semua anak menantu dia pasal hal ni sebab selama ni depa selalu kata mak macam-macam..bukan mak saja tapi family Iera.

7. Tok Wan ceritakan susah senang dia selama ini..yang tak ada seorang dari kami semua tahu..Ampunkan kami, Ya Allah..kerana mengabaikan Tok Wan dan arwah Mak Tok selama ini..terlepas pandang pada perkara-perkara remeh temeh..

Ada banyak lagi yang terurai sebenarnya malam tu..Tapi yang dapat Iera listkan hanya yang penting saja. Dan dari hati Iera untuk semua ni :

1. Benar apa yang Tok Wan cakap. Kalau satu sen duit Tok Wan Mak Cik guna, Iera tak jeles apatah lagi nak iri hati. Mak Cik berhak kerana selama ini dia yang bersusah payah untuk Tok Wan dan arwah Mak Tok. Dan untuk Pak Cik juga kerana tidak pernah menghalang Mak Cik dari menjalankan tanggungjawabnya kepada ibu bapanya.

2. Tok Wan suruh anak-anak je ambik tapi ada la sorang cucu tu yang sentiasa nak benda orang ambik jugak. Dari arwah meninggal lagi dia dah book kain batik tu.. Berkenan kerana lawa bukan sebab nak buat kenangan. Bukan Iera jeles..tapi kain batik sehelai pun tak boleh beli ka..

3. Mak Cik tak pernah berkira dalam hal ni. Kerana dia tahu Tok Wan dan arwah berkorban segalanya sehingga dia Berjaya masuk U dan ambik Ijazah..

4. Kepakaran sains telah membuktikan segalanya dan Iera dan mak sendiri tengok macam mana teruknya Pak Ngah yang kononnya ‘berubat’ arwah sebelum arwah masuk ICU. Bomoh yang dia panggil pun macam tak boleh nak percaya. Suara hati Iera meragui bomoh tu.

5. Siapa pun tak pernah membuang mereka tapi mereka sendiri yang jadikan diri mereka terbuang.

6. Iera ingat lagi duit yang mak bagi pada Tok Wan. Duit tu mak suruh Tok Wan bayar duit motor Tok Wan masa tu. Dan memang jumlah duit tu banyak. Walau Tok Wan guna duit tu untuk berubat Arwah, mak tak kisah. Iera memang tak ingat berapa jumlah Iera bagi pada Tok Wan tapi itu saja yang dapat Iera balas jasa Tok Wan dan arwah. Walau Tok Wan tak mintak dan kalau boleh tak mau sebenarnya duit tu, tapi Iera ikhlas. Ada pulak orang mengaku yang masa arwah mula-mula sakit dulu, dia yang susah payah jaga arwah tapi sebenarnya tak pun. Tok Wan yang siang malam sampai demam menjaga arwah. Mak Su juga pernah berhenti keje kerana nak menjaga arwah masa arwah accident tahun 1991 dulu ( kalau tak salah ). Tak payah nak ungkit sapa jaga sapa tak jaga.

Sebenarnya, hubungan family Iera dengan adik beradik mak baik. Begitu juga hubungan sesama mereka. Tak ada hasad dengki, tak ada iri hati..Kami berhimpun adik beradik..bergelak suka..Boleh masak bersama..Kami bersatu hati. Tapi hanya satu family saja tak boleh terima keakraban macam ni..Di wajah penuh iri hati..ada tak puas hati. Dan kerana family ni jugalah, adik beradik mak hampir berpecah belah. Mujurlah masing-masing berfikir secara rasional dan guna logik akal sesuatu khabar angin..

Pandangan family 'dia' tu terhadap family Iera tak pernah baik. Macam mana nasib yang pernah Mak Su kena dulu, macam tu jugaklah Iera kena sekarang dek kerana bekerja di bawah satu bumbung. Sekarang ni hati mak benar-benar terluka. Dengan segala hinaan yang family 'dia' lemparkan kat family Iera dan dengan apa yang 'dia' tengah dan pernah lakukan kat Iera. Iera tak pernah nampak rasa terluka tu dulu tapi hari ni Iera benar-benar rasa betapa dalamnya luka kat hati mak.

Mak anak sulung dan hubungan mak dengan adik-adik serta adik-adik ipar lelaki mak yang lain tak ada masalah cuma bila sentuh hal adik ipar perempuan ni yang sangat bermasalah..Yang menjadi onar dalam keluarga. Semua orang dalam family tahu hal itu..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea