Followers

Saturday, March 19, 2011

Novel Cinta Si Kunang-Kunang karya Nora Fuad ( Noor Arbaiah )

Posted by Iera at 9:26 PM


Sinopsis :
“Ibu, kelip-kelip ni hanya muncul di tempat gelap, juga di tempat yang istimewa saja. Datangnya memberi cahaya. Seperti dia juga. Datang bertandang di hati Intan, bercahaya.” Dia tersenyum lagi. Dia pasti dengan pilihannya kali ini.

Intan Irdina dan Intan Adeena, dua beradik kembar yang bukan sekadar berkongsi paras rupa tetapi juga rasa. Masing-masing sukakan benda yang sama dan inilah yang menyukarkan perjalanan cinta mereka. Siapa yang menyayangi siapa dan siapa pula yang akhirnya mendapatkannya

Pastinya hidup ini penuh dengan liku-liku, hanya si kunang-kunang yang mampu datang dan menerangi hati dan jiwa yang pernah terluka. Pun begitu, tidak mudah untuk mencari jawapan bagiu mengisi kekosongan. Apakah si usahawan tani itu, Dzar Salahudin mampu menawan hatinya semudah memanjat Gunung Kinabalu dan berjaya untuk membuat dia tersenyum semula? Atau mungkin kesan kasih lama tetap berpaut pada Adam Falqiss dan membuatkan si gadis tidak mampu berhijrah? Atau adakah jejaka yang ditemuinya di Bandaraya New York, Adi Faris menjadi pilihan hatinya?

Sama-samalah kita melayari kisah cinta ini yang membawa pembaca mengembara ke tempat-tempat menarik dan penuh dengan rasa romantik.

Novel ni Iera receive awal March hari tu tapi baru hari ni Iera berkesempatan baca. Kat dalam novel ni ada sebuah puisi Iera yang Kak Nora masukkan dalam cerita ni. Pencarian Cinta. Sebuah puisi yang Iera tulis dari hati Iera dan pengalaman Iera.

Terima kasih untuk Kak Nora kerana mengabadikan puisi Iera tu. Iera sangat terharu kerana ada juga orang yang menghargai karya Iera. Sekurang-kurangnya Iera tahu bahawa karya Iera bernilai.

Cerita apa, kenalah baca sendiri.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea