Followers

Wednesday, March 30, 2011

272. Hasil Pertama_Aiskrim Coklat Biskut Oreo

Posted by Iera at 1:21 PM


Pic ambik dari blog http://matahari71.blogspot.com/ ( sorry ye copy..tak sempat nak ambik gambar pagi tadi )

Saja tengok-tengok resepi kat Kongsi Resepi. Semuanya sedap-sedap belaka. Bila tengok resepi aiskrim ni dari Ana Abdullah ( tuan punya blog Matahari71 )..Iera pun rasa nak try buat. Asalnya nak buat Jumaat lepas tapi tak ada hal lain. So, kemarin nekad la..Tak tahan tengok aiskrim tu..

Balik keje singgah kedai runcit beli bahan-bahan ( sila tengok kat blog tuan empunya resepi ). Sampai je rumah, tak tukar baju terus la mula operasi. Aina duduk kat sebelah tengok je apa Mama dia buat. Lepas je siap blend semua bahan, Iera pun tuang ke dalam tupperware. Aina yang dari tadi tengok je tu, mintak nak rasa. Mybe dia pun tak tahan tengok susu Dutch Lady Chocolate tu..Iera cedok la satu sudu bagi dia rasa. Lepas tu dia mintak lagi tapi Iera cakap tak boleh sebab kena bekukan dulu. Dia kata sedap.

Malam, Wani, mak dan Aina dok tanya dah bila boleh makan aiskrim tu. Iera cakap belum lagi. Kena tunggu sampai betul-betul beku. Pukul 12 malam, Wani cakap dia tak boleh tunggu dah. Lagipun hari ni dia puasa ganti. Iera pun bawak keluarlah aiskrim tu dari peti ais. Apalagi, kami 3 beranak ( Iera, Wani dan mak ) pakat makan lah..Memang sedap..Mak puji resepi tu..Aina dah tidur time ni..

Pagi tadi, Iera bubuh aiskrim tu dalam tupperware air untuk Aina. Suruh tok mengasuh dia simpan dulu dalam peti ais. Lepas balik dari sekolah barulah bagi dia makan..Thanks untuk Kak Ana sebab sudi share resepi ni..Sabtu ni, plan nak buat lagi. Nak buat banyak-banyak sebab nak bagi kat anak-anak sedara...

*Tengah planning nak buat satu lagi resepi yang Iera copy dari Kongsi Resepi..dan tengah mengindam nak makan kek Coklat resepi yang kawan Iera, Yus bagi masa sekolah dulu..Sampai sekarang tiap-tiap tahun wajib buat kek Coklat tu untuk mak..Sebab mak kalau guna resepi tu, kek sedap..

5 comments:

MATAHARI said...

terima kasih sudi singgah kt blog saye.harap sudi dtg lagi.saye pun baru prtama kali cuba buat aiskrim ni, mmg anak2 kata sedap....

aisyah ahmad said...

wahhh..best ni..macam nak terai ajek..hehe

Iera said...

Matahari : sama:)

Aisyah Ahmad : try la..memang sedap..

Siti Azlina Abdul Aziz said...

wah nampak sangat sedap...

Siti Azlina Abdul Aziz said...

sedap nya nampak ais krim ni...terliur dah ni tau :-)

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea