Followers

Monday, March 28, 2011

271. Sabtu Yang Tersangat Bz..

Posted by Iera at 9:25 PM
Planning dengan Yus nak pi Jusco beli baju preggy..Elok tengah bersiap, hujan turun dengan lebat. Ingatkan nak cancel dah. Tapi pi jugak rumah Yus masa hujan reda sikit..Ambik Yus kat rumah dia terus ke Jusco. Tu la, kalau bab nak meronggeng ni, hujan pun sanggup. Tapi tak la merempit laju-laju sebab tengah bawak orang pregnant kan. Time ni mulalah fikir itu..fikir ini..

Lama jugak pilih baju preggy..Yelah, kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan lawa..Brand Scarlet..Bila dah selesai bayar, pi makan McD. Kemudian barulah balik. Dari pukul 10.30 sampai pukul 1 petang. Masa makan tu, macam biasalah pot pet pot pet..Bukan mengata kat orang, sembang pasal pengalaman bersalin masing-masing..Tapi tu la, sayang member sorang lagi, Yati tak ada. Kalau tak, confirm gamat lagi..

Singgah sat kat rumah Yus sebab pukul 1.45 nak kena bertolak ke satu tempat tu..Tempat apa, biarlah rahsia dulu. Tapi masa on the way kat Jalan Baru, hujan turun punyalah lebat. Terpaksa pakai baju hujan..

Selesai je keje tu pukul 4.30 petang, ambik adik, Ila kat kilang dia keje. Sampai rumah terus siap nak ke Jom Heboh. Asalnya dah malas nak pi tapi kena paksa. Tapi tak bawak Aina sebab mak tak bagi bawak. Takut hilang cucu dia..Bila asben dan anak Ila sampai kami pun bertolak.

Jalan tak jem sangat. Tak beli apa pun. Cuma beli beg Chipsmore dan London Roll untuk Aina. Bertolak balik pukul 8 malam. Sampai rumah, Aina tengah tidur. Kejutkan dia bangun sebab mak dah janji kalau Iera balik nak kejutkan Aina.

Aina cakap :

'Mama pi Jom Heboh ea..tak bawak Aina..'

Sebab dia tengok belon yang Iera bawak balik untuk dia..Bukan tak mau bawak, tunggulah next year pi sendiri senang..

Hari Sabtu tu memang bz ke sana sini..Tapi yang paling mengembirakan bila Iera dapat satu berita. Dan Iera akan cuba sedaya upaya untuk laksanakan impian itu..Doa mak akan sentiasa mengiringi Iera..Insyaallah..Amin..( Mak dan Wani yang ter'over lebih..hehe..)

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea