Followers

Thursday, March 17, 2011

264. Akhirnya

Posted by Iera at 10:26 AM
Last week, tiba-tiba terasa rindu sangat kat anak sedara ex, Shahira..Anak kakak dia yang no 2. Bila Aina mandi, dahi dan kening Aina yang basah tu macam muka Shahira..( dah sepupu kan ). Iera ada tanya ex cuti sekolah depa balik sini ke tak..Ex kta mybe balik..Masa Iera masih dengan ex, kami selalu jugak bawak Shahira keluar..dekat-dekat la sebab naik motorsikal kan..Sebelum kawin, bawak abang dia, Amirul..Masa tu Amirul tinggal dengan mak ex..

15hb malam..receive SMS from ex bagitau yang kakak keduanya tu dah sampai. Pg 16hb tu dia suruh Iera pi rumah dia lepas keje. Bawak Aina jumpa dengan sepupu-sepupu Aina. Time nil ah baru nak boleh temukan depa. Iera tak berani berjanji lah sebabnya takut hujan..Nak bawak Aina dengan motorsikal je..

Petang tu, lepas ambik Aina terus bersiap. Bila bagitau Aina planning petang tu, mulut dia..memang tak reti simpan rahsia. Bagitau kat semua orang yang dia nak ke rumah abah dia..Tunggu ex balik keje dulu barulah pi sana. Seganlah kalau ex tak ada..

Sampai kat sana, mak dan adik ex tengah berniaga. Kakak ex yang kedua, Kak G dan family serta kakak ex yang ketiga, Wati tengah on the way dari rumah kakak ex yang ketiga, Kak Ja..Hantar Aina kat ex atas rumah ( rumah depa rumah flat ) dan Iera turun semula duduk kat mak dia berniaga..Tak kan nak duduk sekali kat atas kan sebab tinggal ex sorang je..Tak pasal-pasal kena tangkap siang..hehe..

Bila depa dah sampai dan mak ex dah habis berniaga, ikut depa naik. Aina tengah main dengan sepupu-sepupu dia. Mula-mula tu ( macam biasalah..) dia malu-malu kucing tapi lepas tu sama naik dengan depa. Melompat atas katil abah dia..bergelak sakan..main itu.main ini..Kat sana sepupu-sepupu Aina panggil Aina, Najihah..

Dapat jugak Iera berjumpa Shahira yang Iera rindu hari tu..Dah besar panjang..Amirul pun dah renjong ( tinggi )..Iera tengok tv kat ruamg tamu dengan Kak G dan Wati ( Iera panggil Watie sebab dia muda dari Iera setahun ) dan mak ex..Still hari ni memang Iera panggil mak ex, mak walaupun Iera dan ex dah tak ada apa-apa..Lagipun buat apa nak ubah-ubah kan..Dia pun macam mak Iera juga..Dan dia banyak tolong Iera dan ex masa kami still bersama dulu..

Hampir pukul 10 malam, Iera mintak diri. Dah lewat kan..Ex hantar kami..Kira Iera follow ex yang bawak Aina dengan motorsikal dia dari belakang. Aina happy sangat. dapat jumpa sepupu-sepupu dia, dapat jumpa tok dan mak sedara-mak sedara dia dan dapat spend masa dengan abah dia..

Memang Iera jarang ke sana dah sejak kebelakangan ni. bukan tak mau bawak Aina ke sana tapi kadang-kadang masa tak ada.. Iera pun tak ada niat nak jauhkan Aina dengan family abah dia Cuma satu je pendirian Iera yang mesti ex ikut. Iera takkan benarkan ex bawak Aina tanpa Iera..So, ex kena ikut syarat Iera..

Aina pun still ingat kat family ex..Sesekali tu Aina akan sebut nama tok dia, nama maksu dia..dan nama toksu dia..

Ada satu malam tu :

Aina : Mama..mama..Aina nak tido rumah abah la..Nak tido dengan Tok Kiah dan Cu
Iera : Mana boleh..abah tak ada. Abah pi keje jauh
Aina : Nanti Aina nak suruh abah ambik Aina lah..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea