Followers

Thursday, March 3, 2011

257. Tumpang Sedih..

Posted by Iera at 3:48 PM


So sad bila dapat tau yang bff Iera ( N ) keguguran. Kandungan dia baru masuk 2 minggu. Pregnant anak ketiga. Dia tak sedar yang dia tengah pregnant sebab tu dia pi jogging la..mandi sauna dan makan macam-macam. Bila rasa badan tak sedap, dia pun pi buat medical check up dan doctor confirm yang dia dah keguguran. Doctor dah bagi ubat makan untuk cuci kandungan tu.

Memang sedih kan bila dapat tau hal ni. Iera harap dia sabar dan kuat semangat. Orang dalam pantang tak boleh sedih-sedih..Nanti boleh try lagi..Iera sentiasa ada untuk dia..Memang Iera bz body bila dapat tau hal ni sebab dia kan bestfriend Iera.

Lepas PM dengan dia kat FB, terflashback lah memori lalu. Iera pernah keguguran masa pregnant yang pertama 2005. Tapi masa tu kandungan dah 2 bulan lebih. Tengah excited dah sebab dah tunggu hampir 2 tahun kan. Salah Iera juga sebab terlampau aktif bekerja. Masa tu keje kilang kat Prai. Faham-faham ajelah keje kilang. Tak ada orang yang nak manjakan kita. Iera still ingat lagi..hari tu Iera kena dok machined Tempo, cop cover kereta control Ferrari. Satu hari duduk je buat keje tu sebab urgent part. Time tu orang tengah gilakan Ferrari car.

Pinggang ni tak usah cakap, terasa sakit tapi diamkan aje. Jalan pun terasa sengal. Balik je malam tu, darah dah turun. Call mak dan mak suruh pi hospital. Nasib baik ex tak keje malam tu. Tapi sebelum pi sempat bedal nasi goreng paprik sepinggan..hehe..Ex ni penakut sikit, dia ajak mak dan adik dia ikut sekali. Kebetulan kami tinggal dekat rumah mak ex. Kena tahan kat wad malam tu sebab esok baru boleh confirm pasal kandungan tu.

Pagi tu lepas pi scan, doctor cakap kandungan dah gugur. Tak tergambar perasaan masa tu. Iera diam je. Macam orang berada khayalan. Ada sorang kakak tu cakap kat Iera : ‘Sabar ye, dik. Adik muda lagi..boleh try lagi.’ Sebab dia tau Iera baru pertama kali pregnant. Doctor masukkan ubat untuk cepatkan proses dan bila bagitau ex, ex tak cakap apa masa tu. Dia diam je..Iera ingat dia ok dan boleh terima.

Masa masuk dalam labour room, Iera tak boleh nak fikir apa..Ada sorang nurse tu tanya Iera macam-macam dan dia cakap : ‘Kesiannye..dah la baru pregnant..jadi macam ni pulak..’ Masa tu baru Iera sedar yang Iera dah kehilangan kandungan Iera. ( tapi kan masa dalam bilik tu..ada sorang attendan lelaki tu asyik tengok muka Iera je..tapi Iera tak kenal pun..yang paling malu bila dia yang handle kes Iera..malu giler..Dia yang bius ubat lali kat Iera..Nasib baik bila Iera sedar, dia dah tak ada..kalau tak, memang malu..)

Lepas masuk wad semula, ex dan mak dan adik dia ada..Tengah tunggu Iera. Masa tu ex menangis..Tapi bukan depan Iera. Dia menangis kat tepi bilik air. Adik dia yang bagitau Iera. Memang sedih sangat sebab dah 2 tahun kami tunggu peluang ni tapi takdir dah tertulis bukan rezeki kami lagi..Iera tengok dia murung beberapa hari lepas tu. Iera? Iera lagi sedih sebab Iera yang bawak kandungan tu dan Iera yang terleka mengejar RM sampai kandungan tu gugur. Lepas dari tu, Iera dan ex belajar dari kesilapan. Bila dapat tau pregnant kali kedua ( pregnant kat Aina..lepas 5 bulan gugur ) Iera tak gilakan keje lagi..Dah tak OT. Sebab Iera tak mau kesilapan lalu terjadi lagi..

Sampai hari ni Iera still ingat lagi..Dan bila dengar sapa-sapa yang keguguran, terasa kat hati ni. Sebabnya Iera pernah ada experience yang sama.. Kadang-kadang bila sembang pasal Aina dengan ex, kami selalu jugak sebut pasal hal ni walaupun masa tu baru 2 bulan kandungan tu..

'Kalau x, anak sulung kita dah 6 tahun kan..'

*Sebab tu Iera tak benarkan 'orang lain' sentuh Aina kerana Iera terpaksa menunggu terlalu lama dan terpaksa bersedih sebelum boleh memiliki zuriat sendiri.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea