Followers

Wednesday, March 30, 2011

273. Ziarah Mak Mentua

Posted by Iera at 9:49 PM
2,3 hari lepas, ex ada SMS bagitau dia bawak mak dia ke hospital kerana sakit kaki. Tapi tak la sampai kena tahan wad. Isnin malam dapat SMS dari adik ex yang mak dia kena masuk wad petang tu. Sakit kaki tu datang semula. Iera ada call mak ex tanyakan khabar dia. Doktor pun tak tau sakit apa..depa nak tahan dulu..

Petang tadi SMS ex, janji dengan dia nak ke Hospital Seberang Jaya lepas keje kalau dia tak kena hantar barang kat luar Penang. Balik keje terus ke sana. Ex tunggu Iera kat hospital. Masa sampai, mak dia tengah tidur. Ex suruh Iera kejutkan mak dia. Mak dia nampak kurus sikit. Mungkin sebab sakit kan.

Doktor dah scan kemarin. Result akan tau esok. Doktor nak operate tapi mak dia tak mau. Yelah, dah sakit apa pun tak tau lagi..takkan nak operate tak tentu pasal kan..Kalau result esok tak ada sakit apa, mak dia nak mintak balik. Try berubat cara kampung pulak..

Adik ex yang bongsu yang jaga mak dia kat hospital. Tapi masa Iera sampai, dia balik rumah kejap. Rehat. Kakak-kakak dia baru je balik. Kesian jugak kat adik dia yang sorang lagi. Baru bersalin. Mak dia tak sempat lagi pi tengok. Dah la baby first. Iera tanya ex jugak. Mana tau dia rasa nak pitam ke..Bukan apa, dia alah sikit dengan hospital ni..Tambah-tambah kalau tengok darah..( dia pernah pitam masa Iera masuk wad masa Iera keguguran dulu..hehe..)

Hampir sejam, ex ajak Iera balik sebab malam ni dia nak pi kenduri tahlil bapak kawan dia..Iera pun mintak diri kat mak dia. Balik, Iera follow dia dari belakang. Kami berpisah masa sampai kat area rumah dia.

Harap mak dia sembuh macam sediakala. Walaupun Iera dan ex dah berpisah, still sampai hari ni Iera panggil mak dia 'mak'. Lagipun, mak dia banyak tolong hal rumahtangga kami dulu..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea