Followers

Monday, February 28, 2011

254. Dia Pergi Jua..Buat Arwah Mak Tok

Posted by Iera at 12:50 PM


Petang 17hb..Dada Iera tiba-tiba berdebar. Tak pasti apa punca. Tapi Iera diamkan saja. Balik keje, dapat call dari Mak Cik suruh datang ambik mak kat hospital sebab Mak Tok akan dibawa balik ke rumah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Iera terpaksa tunggu sekejap kat rumah.

Pukul 7 malam rushing ke hospital ambik mak. Masa tu Mak Tok dah dibawa balik ke rumah. Iera tak sedar berapa laju Iera pulas minyak motor. Sebaik saja sampai kat rumah Mak Tok, bapak sedara Iera cakap Mak Tok dah tak ada.. Dah meninggal. Mak Tok meninggal di malam Jumaat. Innalillah..Iera dan mak tak sempat jumpa mak. Tapi kami tak terkilan sebab sejak seminggu Mak Tok dimasukkan di ICU setiap hari kami menziarahi Mak Tok. Mak yang kebetulan keje kat situ selalu curi masa terluang menziarahi Mak Tok. Yang paling kuat meraung adalah Pak Ngah Iera..Mungkin masa ni barulah dia sedar betapa sedihnya bila ibu atau bapa kita pergi meninggalkan kita selamanya..

Wajah Arwah Mak Tok tenang je..Seperti orang tidur. Malam tu, Iera sempat bacakan 3 kali Surah Yassin untuk arwah. Suadara mara dan jiran sekampung silih berganti..Yang jauh..yang dekat..semuanya datang menziarah..Paling sedih bila tengok wajah Tok Wan. Malam tu hanya sekadar tidur-tidur ayam..

Pagi 18hb, Iera dan mak balik ke rumah untuk ambik baju sebab malam nanti akan tidur sana. Kemudian balik semula ke rumah Mak Tok. Iera, Mak Cik dan Mak Teh sambung membaca 30juz Al-Quran dari budak-budak Tahfiz yang membacanya sejak semalam. Masa ni, Iera rasa bersyukur sangat kerana Iera boleh dan masih lancar membaca Al-Quran. Pukul 10 lebih, arwah Mak Tok dimandikan. Anak-anak menantu cucu cicit berhimpun memandikan arwah..mengkapankan arwah..walau tiada setitis airmata dari mata Iera, itu bukan bermakna Iera tak sedih..tapi itu yang terbaik untuk mengiringi pemergian arwah..

Arwah Mak Tok disemadikan di Tanah Perkuburan Mengkuang pada pukul 11 pagi..Sewaktu hendak melangkah meninggalkan arwah, mak berpesan kepada semua anak cucu menantu Mak Tok supaya tidak menitis airmata. Mak dah ada banyak pengalaman ( arwah tokwan dan tok sebelah bapa Iera, arwah bapa dan bapa tiri Iera dan arwah Mak Tam Iera ), jadi mak dah tahu apa yang boleh dan tak boleh sewaktu meninggalkan tanah perkuburan.

Selama 52 tahun, arwah Mak Tok dan Tok Wan tak pernah berpisah..dan kini arwah tinggalkan Tok Wan selamanya.. Kasih sayang mereka membuatkan Iera kagum..Masa sakit..masa susah senang..mereka tetap setia dengan cinta..Walau Tok Wan tampak tenang tapi hanya Tuhan Yang Tahu apa dalam hatinya...

Masa ni, Iera terflashback balik kenangan dengan arwah..Yang paling Iera bersyukur, masa Iera berumur 11 tahun ( kalau tak salah ), arwah Mak Tok selalu suruh Iera ajar dia baca surah Yassin tiap kali Iera ke rumah arwah. Bila arwah dah lancar, arwah suruh Iera dengar pulak dia membaca surah tu. Memang masa tu Iera selalu memberontak dalam hati sebabnya bila tengok mak sedara dan adik-adik Iera tengah seronok bermain kat depan laman..sedangkan Iera kena duduk dalam rumah..Masa tu Iera tak fikir apa yang Iera buat tu adalah satu perkara yang mulia..Kini barulah Iera sedar..betapa Iera bersyukur sangat-sangat..Iera tak mampu nak balas jasa arwah dengan menyediakan emas atau permata..tapi sepatah ayat Al-Quran itu lebih bernilai dari segalanya..

Moga Allah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah untuk arwah..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea