Followers

Friday, January 28, 2011

248. Demam Pulak

Posted by Iera at 8:50 AM
Dah dua orang kat ofis demam. Iera ingatkan terlepas lah dari virus ni. Sebab tak ada tanda-tanda langsung. Tapi bangun je pagi kelmarin terus badan rasa sengal-sengal. Ingatkan ok. Sebab ikutkan Iera memang boleh tahan kalau setakat rasa nak demam. Tapi bila kena udara yang sejuk masa nak pi keje, terus rasa lain macam. Masuk ofis terkena aircond lagilah terasa. Pukul 8.30 masuk ofis, pukul 9.30 balik. Sempat settle keje yang urgent.

Balik rumah, tak ke klinik lagi. Nak rest dulu. Masa on the way nak balik, kepala dah berpusing-pusing. Tapi tahan jugak. Nasib baik time tu jalan lengang bolehlah pecut laju sikit. Tengah tido, ex call nak jumpa lepas keje sebab nak bagi duit sara Aina untuk bulan ni. Tapi bila Iera cakap ada kat rumah, terus dia ajak ke McD lepas Aina balik sekolah nanti. So, Iera tak yah la bawak motor sendiri ke klinik nanti.

Lepas ambik Aina balik sekolah, tidur semula. Ex call pukul 2 ptg suruh keluar. Dia on the way dah. Kelam kabut la sebab tengah tidur kan. Pi McD dulu. Masuk je dalam McD orang semua tengok Aina. Mau taknya, mulut dia yang pot pet tu dengar satu McD. Sampaikan abah dia terpaksa buat syyy..suruh pelan sikit suara.hehe..

Tapi selera tak ada. Prosperity burger langsung tak sentuh. Aina dan abah dia yang sihat tu makan sedap je..Aina tak henti-henti cerita itu ini.

Ex : Makanlah..( dia suruh Iera makan )
Iera : Tak mau..tak selera..
Ex : Makan la sikit.
Aina : Abah..abah marah mama ka?
Ex : Bila abah marah mama. Abah suruh mama makan..
Aina : O..ingatkan abah marah mama.

Aina : Abah..Aina nak kawin..
Ex : Aik, sekolah tak habis lagi nak kawiin dah..
Aina : Aina kan besar dah..boleh la kawin..
Iera : Kena sekolah pandai-pandai dulu..Bila dah masuk U, dah keje baru boleh kawin. Kalau tak nak beli rumah macam mana..nak bela mama lagi..
Ex : Pi sekolah dulu..Belajar pandai-pandai..
Aina : Tapi Aina dah besar dah..

Iera dan ex hanya geleng kepala tengok Aina. Tau sebut je tapi tak tau apa makna kahwin tu.

Terpaksa bawak balik burger dan kentang yang tak disentuh tu. Pastu terus ke klinik yang selalu Iera pi. Ex tunggu kat dalam kereta. Tapi Aina tetap dengan ramahnya. Masuk je dalam bilik doktor tegur macam-macam.

Aina : Kenapa mama tak tidur atas ni. ( Tunjuk katil kat sebelah kanak Iera. )
Iera : Bukannya mama sakit teruk pun.
Doktor : Tersenyum sambil kata..Aina nak tidur atas tu tak? Tapi kena cucuk la..
Aina : Kena cucuk tak maulah..
Iera dan Doktor : Tersenyum..

Tapi Aina paling happy sebab sebelum keluar bilik tu, doktor bagi vitamin kat dia. Macam yang selalu dia dapat bila pi klinik tu.

Balik rumah, makan ubat dan terus tidur sampai lah mak Iera balik keje. Tapi hari ni tak pi keje lagi sebab still terasa tak sihat. Lebih baik rest kat rumah dari ke ofis tapi menyusahkan orang pulak nanti.

Apa pun, thanks untuk ex sebab sudi happykan Aina dan bawak Iera ke klinik..

2 comments:

attyfir said...

iera ..jgn lupa makan ubat tau!

Iera said...

Kak Atty : ye, kak..thanks..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea