Followers

Monday, January 24, 2011

241. Aina Dah Sekolah

Posted by Iera at 1:12 PM

Bulan 10 hari tu Iera registered Aina kat Tabika Perpaduan. Asalnya nak hantar ke Pra-Sek tapi memandangkan tak ada sapa nak pick up dia lepas turun bas sekolah, kena hantar kat tabika sajalah. Tok mengasuh Aina masih sihat cuma dah tak boleh berjalan jauh. Dapat je surat tawaran, mula la excited. Awal-awal lagi Iera dah ingatkan abah Aina tentang hal ni. Dan Alhamdulillah..dia bersetuju untuk bayar yuran sekolah Aina.

Persediaan pun bermula. Beg sekolah..kasut..alat tulis..itu ini..semuanya nampak je mudah tapi memandangkan Aina ni banyak permintaannya..ambik masa jugak nak sediakan smua tu. Beg sekolah BEN 10, alat tulis BEN 10..nak minyak rambut..nak cekak..nak minyak wangi ( cik wani dia ajar ), itu ini..bla..bla..Semuanya ditunaikan asalkan dia nak belajar.

Alhamdulillah..Aina langsung tak buat hal. Iera just hantar dan terus balik. Mungkin Aina dah biasa tinggal di rumah mengasuh dari kecil. Jadi, dia tak ada masalah. Lagipun, Aina memang suka sangat bila dapat tau yang dia akan ke sekolah.

Iera akan hantar Aina waktu pagi tapi bila balik Tabika, Mak Njang Iera yang akan jemput dan kemudian hantar Aina ke rumah mengasuh. Macam tulah rutin hari-hari..Masa hantar beg pakaian Aina kat rumah mengasuh sebelum pi sekolah, tok mengasuh Aina akan pesan kat Aina :

'Belajar rajin-rajin..Belajar sampai pandai..'

Aina akan jawab :

'Baik, tok.'

'Alhamdulillah..'

Setakat hari ni, Aina tak buat hal..Cuma ada sekali tu Aina menangis masa sampai depan pintu sekolah. Sebabnya dia tak suka kat sorang budak lelaki tu. Budak tu selalu ambik pensel warna dia dan buang. Tapi Iera dah polish otak Aina. Takut minat nak ke sekolah dah luntur..Nasib baik Aina ok..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea