Followers

Monday, January 3, 2011

238. New Update 3

Posted by Iera at 12:55 PM
Sambungan dari Dinner..

Seperti yang Iera bagitau, tema tahun ni ( 2010 )adalah baju tidur. Mungkin baju tidur yang Iera pakai malam tu agak menyakitkan mata sesetengah orang tapi terpulang la kepada pandangan masing-masing. Walau makanan adalah buffet tapi activitie dibuat di dalam ballroom. Pukul 6 petang kami kena melaporkan diri.

Setiap orang akan menerima door gift dari ECT team termasuk family yang join. Di dalam beg tu ada sepasang kasut tidur yang comel dan misteri gift. Ada yang dapat panties, pantyliner, alat urut badan dan sebagainya..Iera dapat Kotex 20pcs..









Acara di mulakan dengan ucapan pembukaan dari Country Manager. Kemudian disusuli dengan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah ditaja oleh customer-customer dan supplier-supplier company Iera. Macam tahun lepas jugak, Iera mendapat Baucer Parkson. Walaupun mengidam Ipod tapi tetap bersyukur dengan rezeki yang dah ditakdirkan untuk Iera.

Kemudian, acara untuk kanak-kanak dimulakan. Kerusi berirama. Iera turut join game kerusi berirama untuk orang dewasa dan Jangan Lupa Step Menari. Walau tak menang tapi Iera dapat tempat kedua.







Dan inilah Pemenang Pyjamas Terbaik. Iera pun turut tersenarai dalam Top 3 Pyjamas terbaik tahun ni..Menang kalah tu adatlah. Semuanya hanya untuk fun. Dinner habis lebih kurang pukul 10malam. Balik rest sekejap kat bilik. Kesempatan tu kemas siap-siap barang-barang yang nak dibawak balik esok. Bukan apa takut rushing esoknya.

Pukul 11 lebih berkumpul kat kolam renang sambil berborak kosong dengan member-member yang lain. Time ni sajalah dapat berhimpun..Sambil layan lagu disko..hehe..
Bila mata dah mengantuk, masing-masing beredar ke bilik..Letak je kepala, dah tak hingat dunia..zzzz..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea