Followers

Monday, January 24, 2011

240. Krismas Lunch

Posted by Iera at 12:49 PM
Lepas balik dari Dinner hari tu, still ada lagi activitie. Krismas lunch kat Equatorial Hotel, Penang. Semua wajib pakai baju warna merah. Hanya dress atau blouse je dibenarkan pakai. Yelah, nak masuk 5 star hotel kan..mana boleh pakai lekeh-lekeh..

Minggu tu kelam kabut cari baju. Time ni pulak baju warna merah tak ada. Kalau ada pun untuk yang bersaiz S je..Masa nilah, mulalah rasa betapa susahnya jadi orang bersaiz XL ni..Mulalah nak pulun diet..hehe..

Tapi dapat jugak baju tu kat Megamall. Dah tu siap ada discount lagi. Kira last choice dah. Sesuai tak sesuai belakang kira. Dah tu kena cari hadiah RM15 ke atas. Untuk tukar-tukar nanti.

Bila Iera pakai je baju tu pi ofis, ada jugak hati yang tak puas hati. Lantak kat hang lah..Terus terang cakap, kalau nak berlawa ke majlis apa pun, mana boleh kedekut duit..jangan ambik mudah je..Bila orang pakai lawa-lawa, nak iri hati..

Iera tumpang member Iera tu. Lagipun kalau drive untuk ke aktiviti company boleh claim. RM75 tu..Tak kira dekat ke jauh..Sampai kat sana makan dulu. Buffet. Makan memang tak hingat dunia. Tambah pulak Tiramisu yang sedap tu..hehe..


Game pun bermula. Satu nama akan dicabut dan dia akan cabut no untuk dapatkan hadiah. Dia akan bukak hadiah yang dia dapat. Bila nama kedua dipanggil, orang yang kedua boleh tikam hadiah orang pertama. Tapi kalau orang kedua tak mau tikam hadiah orang pertama pun boleh. Hadiah mati apabila tiga kali ditikam. Begitulah seterusnya.




Ni hadiah yang Iera beli.

Dan Iera dapat hadiah balang coklat yang siap ada coklat kat dalam tu. Kat belakang balang tu boleh masukkan syiling. Nasib baik tak ada orang yang minat dengan hadiah Iera ni..Tapi tulah, kesian kat member Iera yang sorang tu..Hadiah yang dia dapat asyik kena tikam je..Dah tu semua hadiah dia dapat sempoi-sempoi pulak..Yang paling Iera geram bila hadiah dia tu, sepupu Iera tikam. Memang tak perikemanusiaan langsung. Walaupun itu ada permainan tapi Iera kenal sangat dengan perangai dia..


Habis lunch pukul 3..Sampai kat ofis dah dekat pukul 4. Buat keje sikit kemudian balik..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea