Followers

Wednesday, January 26, 2011

245. Alhamdulillah..

Posted by Iera at 12:47 PM

25hb announcement dan meeting bulanan. Memang tak sabar nak dengar..Sebabnya melibatkan RM..duit kan..sapa tak mau..Bonus tahunan.. Dup dap dup dap..sebab tak tau tahun ni nak dapat berapa %.

Pukul 3.30petang, Country Manager datang. Siap bawak karipap berjenis-jenis. Ada inti daging, ayam, ubi..Sambil dengar announcement sambil makan..Tu kira berita baik la tu..Mana-mana announcement kat company ni mesti ada slide..Supaya senang staff faham..

Alhamdulillah..dapat diluar jangkaan dan jangkauan..Memang padanlah dengan usaha tahun lepas..Semua rasa bersyukur sangat..Tapi..mesti ada tapi..company akan bayar 3x..Hujung bulan ni..hujung bulan 2 dan hujung bulan 6. Apa-apa ajelah..janji dapat kan..

Planning? Tak ada lagi..sebab nak tengok duit tu masyuk dulu..Yang ada dalam kepala ni..cuma nak simpan untuk Aina je..Itu je..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea