Followers

Monday, January 3, 2011

237. New Update 2

Posted by Iera at 8:37 AM
Sambung pasal Pangkor..

Team building diadakan kat pantai. Kumpulan di bahagi kepada 2..iaitu team A dan tea B. Iera dan Wani berada dalam team B. Setiap kumpulan mesti pilih sorang ketua. Dan ketua Iera adalah Alfred. Game pertama adalah bawak belon dengan partner. Kena buat 2 round. Bila partner kedua dah sampai ke garisan penamat, sorang ahli akan pijak atas peha sorang team sambil memberi jawapan Soduku. Tapi boleh dibantu ahli team yang lain. Of course lah yang pijak atas ahli tu budak kan.. Sebab akan ambik masa jugak untuk sudahkan Soduku tu.

Game 2 adalah Bina Castle. Tapi dalam masa yang sama kena korek lubang sedalam yang mungkin dan kena tanam sorang team dan hiaskan ahli yang ditanam tu dengan secantik mungkin. Iera membantu 2,3 orang team membuat castle. Wani pulak membantu yang lain menanam sorang team. Walau mudah tapi sebenarnya memerlukan daya kreativiti yang tinggi..memerlukan idea..Dan team Iera menang dalam game ni.

Game 3 memang senang, cuma isikan air laut ke dalam plastik dan kemudian ikat sebanyak mana yang boleh. Selepas tu, kuantiti plastik air tu akan dikira. Pemenang untuk keseluruhan game akan diumumkan pada dinner malam tu.

Sebelum bersurai, seperti biasa..acara baling membaling..Air yang diisi dalam plastik tu dibaling ke arah sesiapa saja yang kita suka. Tapi Iera cuma baling main-main saja, walaupun acara ni kira balas dendam tapi Iera tak berapa suka acara ni.

Pukul 3 game tamat. Dan time ni Iera dan Wani terus ke bilik. Nak restkan badan dan mandi. Malam ni ada Annual Dinner. Walaupun tema simple tapi kena ready jugak..

Continue..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea