Followers

Sunday, January 23, 2011

239. New Update 4

Posted by Iera at 4:35 PM
Esoknya, planning nak bangun pukul 7pg. Konon-kononnya nak pergi mandi air laut tapi tersasar tidur sampai pukul 7.30pg. Buat keputusan terus bersiap cantik-cantik. Dah tak mau nak mandi laut sebab takut rushing nanti. Lepas breakfast, lepak sekejap kat tepi kolam renang. Shikin dan asben dia still lagi berpakaian biasa. Nak mandi laut. Kemudian Iera dan Wani balik ke bilik. Check lagi sekali barang-barang..takut tertinggal. Alamak, datang dengan sorang 2 beg yang ringan tapi balik sarat 2 biji beg tu..

Tengok cerita kereta bercakap tu ( lupa la pulak tajuk dia..hehe..)Pukul 11.30, Shikin kelam kabut call nak mintak barang make up. Dia baru sudah mandi laut..Tu lah..nasib baik Iera dan Wani tak join sekali. Lepas tu berkumpul ramai-ramai kat depan lobby. Nak serah balik kunci bilik kat Pengerusi ECT.

Pukul 12 tengahari check out. Dan terus naik bas ke jeti. Boat dah sedia menanti kat sana. Kali ni ambik angin kat luar sambil posing-posing..hehe..





Sampai kat Lumut dalam pukul 1petang. Letak beg kat satu tempat. Dna kami berempat mulalah shopping. Cari T'shirt untuk 4 orang anak sedara dan Aina. Untuk mak dan diri sendiri jugak. Kemudian cari key chain sebagai sauvinier untuk sahabat taulan yang rapat. Iera dan Wani tak lunch. Cuma minum je. Rasa kenyang masih ada sebab masa tengok movie dalam bilik tadi dah melantak jajan..

Lepas tu shopping pulak barang makanan untuk diri sendiri dan yang dipesan. Penuh 1 beg palstic besar..Tu yang Iera punya..Tak termasuk yang Wani. Bermakna balik sorang akan bawak 3 beg..Tapi bukan selalu kan..Entah bila pulak akan datnag sini..




Pukul 3 ptg berkumpul semula di tempat yang dijanjikan. Atas bas, memang dah tak ingat apa. Tidur je dari naik bas sampai lah sampai kat Seberang Jaya. Pukul 7ptg tiba kat sana. Kemudian berjalan masuk ke kawasan perumahan kawan Iera. Hampir 20 minit jugak berjalan. Lenguh dan letih tak usahlah nak cakap. Shikin dan asben dia nak singgah kat Tesco. Kami dua ok jer..Lagipun dah planning nak makan KFC.



Sampai rumah, bahagi siap-siap barang makanan untuk adik-adik dan kawan-kawan. Sebab esok dah keje. Iera memang tak ambik cuti. Walaupun penat tapi rasa sangat berbaloi..Peluk cium Aina yang dah demam sebab ditinggalkan..Memang Iera tak pernah tinggalkan Aina..Dan yang nak tergelak bila Aina cakap :

'Aina bangun tengok mama dah lari tinggalkan Aina..'

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea