Followers

Wednesday, January 26, 2011

247. Apa Saja..

Posted by Iera at 8:57 PM

Memang ex ada inform Iera 2 minggu lepas yang dia nak keje tempat lain. Ada offer dari company lain. Tapi bukan keje macam sekarang. Kali ni dia nak bawak lori. Yelah, dah keluar duit ambik lesen GDL takkan nak peram sajakan. Dan dia mintak Iera sediakan surat berhenti. Macam biasa kan..

Tadi masa Iera call ex pasal Aina ( rutin wajib time gaji..hehe..)ex dah pun berhenti kat company sekarang. Dia akan start keje 1hb ni kat company baru. Cuma sekarang ni dia kena belajar la selok belok jalan. Tak tau lah samada dia akan masuk Port lagi ke tak. Yang Iera tengok, ada jugak lori-lori company baru dia tu dok masuk ambik barang dalam Port.

Iera pun ada tanya dia pasal ni. Samada dia nekad ke apa ke..Dan dia memang dah nekad. Gaji sekarang hanya cukup untuk Aina dan dia je..Halah..nak simpan duit kawin tak cukup..Kenalah buat keputusan tepat kan..

Iera ada cakap kat dia :

'Apa pun yang u nak buat, I tak kisah. U yang tahu mana yang terbaik. Tapi, I cuma harap keputusan U ni tak menjejaskan kepentingan Aina. Aina kian besar. Permintaan dia macam-macam. Sebagai mama, I nak Aina hidup macam anak orang lain jugak. Kalau boleh, apa yang tak pernah kita dapat masa kita kecik dulu disebabkan mak bapak kita tak mampu..I nak Aina dapat semua tu..Dan I nak Aina dapat belajar dengan sempurna tanpa kekurangan apa pun..I tahu, U pun nak simpan duit untuk kawin kan..I tak halang U..Tapi biarlah sama adil..I akan menyokong U.'

Ikhlas dari hati Iera..Dan sekarang pun, Iera selalu check kat webs kerja kosong kat gov. Mana yang sesuai dengan kelayakan dia, Iera akan apply. Walau tak pernah dapat panggilan interview lagi..tapi Iera tetap apply jugak..Fikir dia tu abah Aina. Kalau senang dia..senang lah Aina.

Cuma Iera harap dia tak lupa daratan bila dah senang nanti..Ini saja yang boleh Iera bantu dia..Walau dia pernah turis hati Iera..tapi dengan kasih sayang Aina, Iera dapat melembutkan hati dan mengakui bahawa sejauh mana pun Iera lari..kenyataan tetap satu. Dia tu abah Aina.

2 comments:

atie said...

atie suka ngan cara iera......bagus....hehe

Iera said...

thanks, atie..sebab ni je cara yang terbaik untuk aina..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea