Followers

Wednesday, January 26, 2011

246. Outing Hot Mama

Posted by Iera at 1:20 PM
Planning ni dari member Iera Yatie. Saja nak restkan kepala..minda..tak mau fikir pasal keje. Tempat nak rest tu tak plan. Main redah mana yang terlintas kat kepala. Bila Yatie dan Yus dah dapat green light dari asben masing-masing, tu kira confirm jadilah..

Lepas hantar Aina ke sekolah, Iera dan Yus tunggu Yatie kat nursery Wani keje. Lagipun Iera nak park motorsikal kat sana. Yang boleh drift pun Yatie ajelah..Mula-mula plan breakfast dulu. Atas cadangan Yus, kami pi breakfast kat Jalan Transfer. Roti canai kuah daging dan roti bakaq..Memang sempoi habis roti canai tu..Macam tak cukup..tapi cek malu nak habaq...Gerai roti canai ni pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan tau..

Perut pun kenyang..singgah beli jajan..Bayangkan 3 orang je nak makan..jajan tu penuh satu beg besar..Nafsu apa ntah ni..Sampai kat Taman Rimba..orang tak berapa ramai..Kira kenalah dengan plan kami nak release tension kan..


Pic ni Yus ambik untuk Iera. Katanya sesuai untuk Iera..haha..Padahal kita dah mak dara tau..


Masa baru sampai. Tengok tu jajan dalam beg palstik..banyak kan..


Iera dan Yatie..Comel kan..


Iera dan Yus..Pun cute..


Posing-posing..


My bestfriends..

Tapi rugi lah sebab tak bawak baju mandi..Air sejuk je..Dah tu orang pun tak berapa ramai. Lepak sana sampai pukul 2 petang..Kemudian plan nak pi makan tengahari yang dah petang tu..


Yus yang tengah pregnant..Tapi still maintan je badan dia..


Posing sebelum balik..

Kami makan kat Batu Ferringhi.. Walau tak sedap..tapi telan jugaklah sebab perut dah lapar kan..Masa tengah makan dok terfikir-fikir destinasi seterusnya. Mula-mula ingat nak tengok movie tapi terus tukar pi karaoke..Wah, dah lama tak melalak kat karaoke..

Sampai kat Sunway Karaoke, dah pukul 4.30 petang. Mamat yang jaga karaoke tu..memang hensem giler..Padanlah dengan keje dia tu jadi cashier karaoke..hehe..Book 2 jam RM45. Dah lama tak melalak kan..( tapi sebenarnya Iera memang selalu melalak kat rumah..hehe..). Tabik la kat Yatie..Suara dia memang power giler..Sama taraf key Siti Nurhaliza..Yus pun apa kurangnya..

Cukup je 2 jam..balik. Yatie hantar Iera kat rumah Wanie. Memang best sangat outing ni. Thanks to Yus dan Yatie..Friends for ever..

Photo : Sumber dari Yus..

2 comments:

atty's said...

seronok kalo dpt outing ngn member sekepalakan ..

Iera said...

Kak Atty's : memang betul..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea