Followers

Monday, January 3, 2011

236. New Update

Posted by Iera at 12:16 AM
Kebelakangan ni Iera agak bz dengan self assessment. Lepas je submit self assessment kena ready untuk trip dan annual dinner. Self assessment ni penting untuk kenaikan gaji dan bonus. Agak susah nak submit kat system disebabkan ada officemate. Bukan nak kedekut ilmu tapi ini melibatkan prestasi keje. Lagipun, kita perlu tahu apa yang dah kita buat sepanjang 6 bln kedua ni..Iera terpaksa save dulu dalam pen drive kat rumah dan kemudian copy paste ke system kat tempat keje. Dengan cara ni lebih cepat. Alhamdulillah, Iera yakin dengan apa yang dah Iera submit.

Tahun ni company Iera buat trip ke Pangkor. Kira 3 in 1. Trip + team building + annual dinner. Semuanya ditanggung dan company Iera berbesar hati invite family or siapa saja untuk join tapi kena pay. Jadi, awal-awal lagi Iera dah ajak adik Iera, Wani. Iera tak harap sangat kat member Iera yang sorang tu. Last2 minute dia boleh cancel. Tema tahun ni adalah baju tidur. Country Manager yang cadangkan supaya different dari lain. Lagipun senang, lepas je dinner terus gedebum atas katil..hehe..

Memang nampak je mudah tapi sebenarnya susah jugak nak cari baju tidur yang sempoi sebab ada Award untuk Pyjamas terbaik. Dalam sebulan sebelum bertolak, Iera survey banyak kedai dan Iera terjumpa satu baju tidur tu. Memang fikir banyak kali jugak nak beli baju tidur tapi Iera balik tanya mak dulu. Bila mak bagi green light, barulah Iera beli baju tu. Memang agak seksi dan menjolok mata tapi terpulang pada pendirian masing-masing.

Seperti yang dirasakan, ofismate Iera yang sorang tu tarik diri. Kononnya ada hal family. Tak kisahlah..kalau pun Wani tak pi, Iera tetap pi jugak..

Pukul 4 pagi iera dah bangun. Bersiap dan bertolak dari rumah pukul 5.30pagi. Iera dan Wani menumpang sepupu Iera dan asben dia yang kebetulan keje sekali dengan Iera. Kami ke rumah member Iera yang tinggal kat Taman Arowana. Sebab Wan ( asben sepupu ) nak park kereta kat situ. Selepas tu, kami breakfast kat Nasi Kandar Subaidah. Pukul 7 tepat bas pun tiba. Ada lebih kurang 8 kerusi kosong walaupun selepas kami naik..

Masing-masing melelapkan mata tapi lebih kurang pukul 8 pagi, game bermula. Sesuatu yang kami tak jangkakan. Ingatkan boleh pejamkan mata..hehe..Mula-mula main bingo. Kena lawan dengan partner sebelah. Kalau menang dapat la biskut sebungkus. Lepas je game tu, kena main game cari benda tersembunyi. Time ni lah Iera dah mula rasa semacam je. Apa taknya tengok gambar yang halus-halus. Lagipun Iera memang alah bila baca ke, tengok gambar ke time kereta or bas bergerak. Memusing kepala.. kepala 2nd hand katakan.. Iera tak habiskan game tu sebab dah tak tahan sangat. Surrender awal-awal..

Lepas rest sekejap, sambung pulak game yang seterusnya. Masa ni Iera memang tak main dah. Pejam mata je. Sepupu Iera, Shikin pun dah tak tahan. Dia hamper nak muntah.. tapi nasib baik sempat jugak sampai ke Lumut. Dalam hati Iera merungut jugak..orang yang buat quiz tu takpelah..sebab bukan dia yang pergi..dia cuma buatkan je..



Baru sampai kat Lumut.

Atas bas.


Sampai kat Lumut lebih kurang pukul 10 lebih. Sempat ambik gambar. Tapi tak berapa lama selepas tu hujan turun dengan lebatnya. Feri pukul 11 pagi. Masa dalam feri Iera dan Wani tidur. Walau bukan tidur yang sebenarnya tapi cukup untuk restkan kepala yang sarat. Macam ada batu. 40 min selepas tu sampai kat resort tu. Hornbill Resort, pulau private.

Bilik tidur


Permandangan dari lobby.


Kami lunch dulu sebelum check in. Buffet memang sedap bila perut tengah lapar. Time ni tibai je apa nak makan..Dah tak fikir pasal berat badan.. Kenyang je, terus masuk bilik untuk mandi dan rest. Sebab pukul 1 petang ada aktiviti. Bilik memang sempoi..Rasa puas hati sangat. Sementara Iera mandi Wani simpan barang-barang.

Pukul 1 ptepat, kami berada di pantai. Tapi photo tak dapat nak upload sebab Iera tak sempat nak copy dari ECT member lagi..

Continue..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea