Followers

Saturday, February 5, 2011

249. Cuti CNY..

Posted by Iera at 10:48 PM
Company Iera bagi cuti Chinesse New Year start 1hb half day sampai la esok. Awal tu memang planning macam-macam tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, semuanya cancel. Tapi ada jugak plan yang diteruskan. Plan yang mudah..

1hb tu bila bangun je dari tidur, gelap. Rupanya electric tak ada. Terpaksa pi ofis dengan baju T'shirt dan jeans. Nasib baik baju yang Iera iron Ahad hari tu tak pakai sebab cancel planning..Iera memang tak suka pakai baju tak beriron. T'shirt kat rumah pun kalau tengok kedut seribu, Iera tetap akan iron..Sampai ke petang jugaklah electric tak ada. So, balik keje half day hari tu terus ke Kolej Komuniti registered Kursus 1 Malaysia. Balik singgah kat Jusco Bandar Perda. Balik rumah pun bukan ada electric kan..Wah, Viss ada offer gila-gila. Wani rembat jugak sepasang kasut tapi Iera beli kasut NYC. Memang sedap kasut tu..beli lagi patern yang sama..

Apa buat 2hb? Jogging..tido..makan..tido..itu je keje..Sehari macam tu. Ex ada call bagitau yang dia ke Meru hantar barang. First time hantar barang jalan jauh. Dalam hati? Terus terang cakap, memang la ada sikit perasaan risau sebab tu baru pertama kali dia hantar barang berjalan jauh..Nasib baik ada seorang kawan temankan dia..Bila di bagitau dah sampai kat rumah malam tu, rasa lega..Jangan fikir lain..fikirkan dia tu kawan Iera je..

3hb..Memang malas nak fikirkan bila ex cakap dia on the way bertemu cinta hati dia..Kat KL ke Melaka, Iera tak tanya langsung. Itu hak dia kan..Hati? Dah lali dengan semua ni..Cuma sebagai ibu, Iera bagitau Aina yang abah dia keje jauh..hantar barang jauh..sebab dah bosan dengar suara sumbang akan mengusik Aina nanti tentang abah dia..Kalau pun ex tu dah tak ada apaa-apa dengan Iera tapi fikirkan perasaan Iera sama.. Aina ternanti-nanti sebab tengah planning nak mintak abah dia belikan kasut roda pulak..

4hb? Planning asal nak jogging kat Seberang Jaya tapi Wani ajak pi Cheruk Tok Kun. SO, ikutkan saja. First time baru nak try naik bukit tu. Tapi baru je naik 500meter, Iera dah tak larat. Betul-betul tak larat sebab bukit tu menjunam naik. Tak ada langsung jalan mendatar. Hanya ada pondok berehat je. Kami berehat kat pondok tu tapi masa tu Iera terus pitam walaupun Iera cuba bertahan..Wani panik jugak..Nasib baik ada 2 orang lelaki cina yang tengah turun bukit tu nampak Wani tengah tepuk-tepuk pipi Iera dan depalah ajar Wani suruh baringkan Iera dan bukakan kasut Iera. Iera still dengar suara depa cuma Iera tak boleh nak bukak mata..Bila dah ok sikit barulah depa tinggalkan Iera dan Wani. Kami pun turun bukit tu balik tak jadi naik. Memang Iera tak sangka akan jadi macam ni sebab Iera selalu jogging..selalu senamrobik..Tiap-tiap tahun join Starwalk 10km tapi tak pernah lagi pitam macam ni..Balik cerita kat mak..Memang mak risau sebab kalaulah tak ada orang tolong mybe Iera boleh masuk ICU sebab tekanan jantung. Yelah naik bukit mendadak macam tu..Nasib baik Tuhan masih sayangkan Iera..Alhamdulillah..Tapi tak sangka, mak sampai tidur still ingatkan hal ini..Mak mana tak risaukan..

5hb? Bangun dengan rasa indah sekali..Sebabnya mimpikan Yusry KRU..Jangan marah..Actually, sebelum tidur malam tu Iera sajalah baca Ucapkanlah Cinta..kisah cinta dan gambar kawin Yusry dan Erra dulu tu..Sampai terbawak dalam mimpi..hihi..Erra? Tak ada dalam mimpi tu sebabnya Ieralah heroinnya.. Dah nama pun Iera yang mimpi kan..Tapi best tau..mimpi apa, biarlah rahsia tapi bukan mimpi yang tak elok tau..Tapi berbalik hakikatnya, siapalah Iera kan nak duduk seiring dengan Yusry tu..Nak pandang muka Iera ni? Kerling pun belum tentu..Pada Iera dia memang hensem, satu nama besar..bijak...dan tengoklah kedudukan dia sekarang..Kalaulah dia ni boleh toleh kat Iera dua kali..mau nangis awek-awek kat luar sana..haha..berangan tak salah kan..Dah nama pun mimpi kan..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea