Followers

Tuesday, June 10, 2014

435. Aina

Posted by Iera at 2:01 PM
Dah lama tak update pasal Aina. Cuti sekolah yang sedang berjalan ni, Aina mintak izin aku nak tidur rumah abah dia. Dia dah siap planning hari apa, berapa hari.. So, Sabtu 31hb Mei tu. dia suruh abah dia datang ambik tapi sebelah petang. Wah, memang sunyi hidup bila Aina tak ada. Kebetulan hari tu, rumah memang tak ada sapa. Tinggal la aku sorang-sorang. 3hb petang baru Aina balik. Sebab 4hb tu Aina kena pi check up lagi pasal berat badan dia tu.

4hb tu aku cuti. Semua orang kat ofis macam tak percaya aku cuti. Ye lah, dari bulan 1 hari tu sampai sekarang aku baru apply 3 hari. Masih berbaki 23 hari. Alhamdulillah, walaupun berat Aina masih tak ok tapi boleh diterima. Lepas ni tak payah pi dah untuk check up. Bukan senang nak control makan Aina sedangkan aku sendiri pun jenuh dok control macam-macam.

Seminggu tu Aina tak ke rumah pengasuh. Kat rumah penuh dengan anak-anak sedara aku yang 6 orang tu. Kebetulan pulak, sepupu aku sebelah rumah pun bersalin. Aina lagi la berat nak ke rumah pengasuh. Dek kerana seronok bermain dengan budak-budak, Aina buat satu permintaan.

Aina : Mama..boleh tak mama bagi Aina adik..
Aku : Adik? Ada pulak..
Aina : Ya la..Aina nak adik.. Mama kawin la.. Nanti Aina boleh dapat adik..
Aku : La..kan nanti Aina nak dapat adik dah kan.. Ibu (panggilan utk isteri ex) kan nak bersalin dah.
Aina : Tapi Aina nak adik dari mama..
Aku : Ala..sama jugak kan..
Aina : Tak mau... mama kawin la..
Aku : Cari la bf kat mama..baru mama boleh kawin..(tergelak)
Aina : Fahrin Ahmad mau dak..nanti mesti adik Aina comey..
Aku : Gelak besar..

Aina..Aina..tak membuat. Mintak macam-macam. Faham..memang Aina sunyi sebab orang lain ada adik beradik walaupun tak ramai. Mama dah usaha Aina tapi Allah letakkan hidup mama macam ni.

Ni mula la nak rasa emo..

*Tiba-tiba teringat pada dia yang pernah ada dihati..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea