Followers

Sunday, July 13, 2014

442. Baju Raya Aina

Posted by Iera at 7:17 PM

Memang susah bila masuk bab nak membeli baju raya untuk Aina sebabnya size badan Aina yang besar melebihi umurnya. Tahun ni aku tempah baju kurung moden untuk Aina. Sedondon dan design tu aku yang lukis. Masa kat pasar Kemboja Nibong Tebal kelmarin, belikan jubah untuk Aina. Lepas raya nanti boleh pakai pi mengaji. Aina dah pesan nak tudung ala Fareeda.. kat sana hanya RM30 je..

Balik dari pasar Kemboja terus ke Pacific. Bermacam-macam brand cari tapi tak ada size yang sesuai untuk Aina. Lastnya balik macam tu je..

Hari ni, pukul 11 pagi dah keluar ke AEON Alma. Masuk satu persatu kedai yang ada. Dapat jugak Tshirt untuk Aina walaupun terpaksa beli tshirt lelaki.. Aina pun tak banyak ragam bila terpaksa beli tshirt lelaki..nanti tahulah mama nak otter kan..hehe.. Jeans nasib lah ada size paling besar.. Itu pun rasanya tak boleh pakai lama.. Semua dah settle cuma tinggal kasut je..

Cerita pasal kasut, Aina dah tak boleh pakai kasut budak-budak. Dah kena pakai kasut orang dewasa tapi size paling kecik..size 4.  Nanti senang la nak beli design macam mana..

2 hari yang memenatkan tapi apa saja demi Aina..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea