Followers

Monday, March 17, 2014

416. Ujian Februari_Aina

Posted by Iera at 1:54 PM
19hb Feb- Aina happy sangat sebab impian nak dapatkan basikal baru dari abah dia tercapai. Hari tu lepas sekolah, abah dia datang ambik kat sekolah. Rest kat rumah abah dia dan petang tu Aina balik dengan basikal baru. Malam tu tersengih la masa nak tidur.

20hb Feb- Aina dah mula kayuh basikal baru dia tu. Siap suruh ambik gambar sent kat Mak La dia (adik aku yang no 3).

22hb Feb- Tengahari lepas makan semuanya masih ok. Aina mintak nak ke kedai kampung untuk beli air. Aku suruh Aina pergi petang sebab masih panas tapi Aina nak jugak pergi. Masa tu aku dan Wani nak keluar ke pekan BM. Masa kat tengah jalan, kami bertembung Aina. Aku suruh Aina balik sebab kedai tu tak bukak. Kami singgah kat Caltex dulu untuk isi minyak. Baru saja bayar duit, HP berbunyi.

"Balik cepat. Mai tengok anak hang ni kena apa.. Teruk.."

Masa tu aku dah tak tau nak buat apa. Dah tak reti nak boh minyak. Wani yang tolong bohkan. Lepas tu aku pecut motorsikal. Redah jalan yang tengah jem. Dalam otak ni macam-macam fikir. Hati rasa kecut sangat.

Sampai kat rumah, aku dengar Aina menangis. Angah, Njang, Mak Yah dan Mak aku sedang kerumun Aina. Ya Allah, aku berkata dalam hati sebaik saja tengok muka Aina. Baju dah penuh dengan darah. Muka bercalar sana sini. Aina terjatuh basikal sendiri dan tersembam di atas jalan tar. Aku peluk Aina. Ajak Aina ke hospital tapi Aina tak mau. Aku pujuk lagi..Aina akur. Wani temankan aku. Mak dan An pi dengan motorsikal. Sampai kat Hospital BM, Aina ke wad kecemasan. Masa tu aku dah rasa semacam dah bila tengok sekeliling aku penuh dengan pesakit yang bermacam penyakit.

Bila nurse biuskan ubat, Aina menangis perlahan. Masa tu aku mula rasa mual, rasa pening.. Sebelah katil Aina, ada seorang budak lelaki sedang meracau. Tapi aku kuatkan semangat sebab Aina. Nurse cucikan darah kat muka Aina. Selepas tu ke bilik X-Ray tapi masa ni aku dah lepaskan Aina kat mak aku sebab aku dah tak boleh nak berdiri dah. Rasa nak pitam. Aku call abah Aina bagitau hal ni.

Alhamdulillah, Aina tak ada apa-apa. Cuma luka saja. Masa ni abah Aina dah datang dengan wife dan anak-anak tiri dia. Ada la beberapa attendant lelaki dalam tu yang dok perhati masa abah Aina jumpa aku. Kebetulan mak aku kenal. Mybe depa hairan kot. Lepas berjumpa doktor, aku bawak Aina balik.

Sedih tengok keadaan Aina. Nak makan kena guna straw dan hanya boleh makan moi sup saja. Dah tu makan sikit. Sedangkan sebelum ni Aina memang kuat makan. Aku lahirkan Aina dengan cukup sempurna tapi bila tengok luka kat muka Aina tu, aku rasa sangat sedih..

Malam tu memang tak lena tidur sebab jagakan Aina. Tapi Alhamdulillah, Aina tak kerap terjaga. Cuma dia rasa tak selesa saja..

23hb Feb- Aina still makan nasi dengan sup ayam. Aku memang full time jaga Aina dan tak keluar ke mana. Abah Aina datang tengok tapi Aina macam merajuk. Mybe sebab semalam abah dia tak call tanyakan khabar.

24hb Feb- Aku cuti hari ni dan bawak Aina ke hospital untuk check up gigi. Kesian Aina bila orang asyik perhatikan muka dia. Aku tau Aina rasa malu. Gigi Aina ok dan kena datang seminggu selepas tu. Masa tunggu giliran berjumpa doktor untuk ambik MC, ada sepasang suami isteri tu duduk di belakang aku dan bertanya pasal Aina dan aku bagitau yang Aina terjatuh basikal. Si isteri berkata :

"Tu lah hampa, orang suruh naik basikal..hampa p terjun.. "

Aku tengok muka Aina berubah. Sedih. Lepas sepasang suami isteri tu berlalu.. Aina bisik kat telinga aku.

"Mama, Aina tak terjun pun basikal. Aina jatuh lubang."
"Ok, mama tau.. Dah, buat tak tau je.."

Balik dari hospital, abah Aina datang tengok. Aina dah ok masa ni..

29hb Feb- Alhamdulillah, berkat Aina berpantang akhirnya muka Aina dah ok. Tak ada kesan parut hitam. Aina memang kuat berpantang. Apa yang aku dan mak bagitau tak boleh makan, Aina akan ikut walau dia sangat suka. Syukur, Aina dah sihat dan dah boleh kayuh basikal semula walau pada mulanya Aina rasa fobia.


0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea