Followers

Wednesday, July 30, 2014

445. Raya 2014

Posted by Iera at 2:14 PM
Raya kali ni simple je..macam tahun-tahun sebelum ni.. Alhamdulillah, order biskut Sarang Semut bertambah walaupun cuma dikalangan kawan-kawan ofis. Dapat la melaram dengan handbag idaman..hehe.. Raya kali ni Aina request nak ber rebonding pulak.. nk ikut Cik Ni, adik aku yang no 6 tu.. So, ikutkan saja. Apa salah kan setahun sekali. Jumaat petang lepas balik keje terus bawak Aina ke Salon. Aina sanggup tahan panas hampir 3 jam. Nak lawa katakan..
 
 
Tema tahun ni pink.. Ikutkan dah 3 tahun berturut-turut aku dan Aina pakai pink tapi dah satu family berpakat nak ber pink..ikutkan saja. Raya pertama tak ke mana sangat.. Lagipun family aku semuanya tinggal dekat-dekat.. Saja tahun ni try tukaq fesyen tudung.. Muka aku susah sikit bila nak pakai tudung macam ni.. kena cari yang betul-betul kena dengan muka. Kalau tak, Nampak semacam je muka. Aku lebih selesa pakai bawal atau shawl..
 
  

Baju ni memang aku design sendiri. Aku combine kan warna biru tiffany dengan coklat bila aku tengok cupcake. Ikutkan aku nak upah masa kenduri kawin Nana, adik Yus dulu tapi disebabkan tak sempat, kain tu tersadai la dulu. Atas bahu tu aku nak letak lace sebenarnya tapi tailor tu tak pandai nak letak sebab aku upah tailor kampong je.. Tapi puas hati. Murah pun murah sebab aku lapik di dalam. Kalau ke butik siap la RM200 lebih. Manik aku suruh adik aku jahitkan. Itupun sikit je..


Ni macam biasa..Anak dara aku yang gila posing sekarang. Nampak tak kasut Aina tu.. Itu kasut orang dewasa. Dia pilih sendiri.. Lagi satu size nak sama dengan aku dah.. Lepas ni, aku kena sorok kasut aku la..haha..


Memang susah sungguh bila ajak bergambar berdua. Macam-macam alasan. Kalau dapat pun, tengoklah muka..tak senyum langsung...
 

Ni la fesyen rambut Aina untuk tahun ni. Jangan tak percaya, baju yang Aina pakai tu baju adik aku no 3 masa umur 20 an tapi Aina pakai masa umur 8 tahun.. Semua orang ingat Aina dah darjah 6.. Jalan dengan aku pun dah macam dua beradik.. Alhamdulillah..janji sihat..


Raya kedua ke rumah mak menakan dan kawan-kawan aku yang dekat-dekat. Aina pulak, petang tu dah ikut abah dia ke rumah abah dia. So, malas nak berjalan sangat bila Aina tak ada. Lagipun hari ni aku dah mula keje..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea