Followers

Wednesday, August 8, 2012

387. Samperit utk Aina

Posted by Iera at 2:32 AM
Start dari belum puasa, Aina request nak samperit. Dah cari kat kedai tapi tak ada. Jadi cakap kat Aina tunggu puasa Iera buatkan. Bila pi beli je barang-barang kuih Sabtu lepas, Aina dah Happy sebab dia tahu mesti iera akan buat biskut samperit untuk dia. Tapi Ahad tu, Iera buat biskut Sarang Semut yang kawan Iera order. Alhamdulillah, 150 biji. Tahun ni tak ambik order buat biskut lain. Nak rest sat.

Isnin tengahari tu barulah buatkan biskut samperit untuk Aina. Baru jadi adunan, dah siap masuk mulut dia. Iera ni bukan terer sangat bab tekan bunga samperit ni tapi anak punya pasal, hentam sajalah... Asal jadi bunga dah la. Dah tu, Aina tak mau letak ceri, nal letak coklat rice warna warni. Dapatlah satu balang lebih sikit. Yang 1 balang ni, Aina dah pesan.. Untuk dia sorang. Siap suruh simpan dalam bilik. Yang extra 20biji tu, dia bagi kawan-kawan kat rumah makan. Iera saja rest Aina. Tanya dia sedap ke tak.. Si Aina jawab 'sedap, mama..' Lega dengar.

Pagi ni, Aina bawak ke rumah mengasuh. Tapi tak bawak banyak. Dia dah pesan. Satu hari bawak 15biji je.. Aina.. Aina...

*apa saja untukmu, sayang mama..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea