Followers

Monday, January 24, 2011

242. Outing

Posted by Iera at 1:16 PM
Masa pertengahan bulan 12 hari tu, ex ajak Iera dan Aina keluar makan angin. Dah lama dia teringin nak bawak Aina. Alang-alang dah bawak Aina, mestilah kena bawak Iera kan..Mulanya ingat dia nak ajak pi mkn KFC je tapi dia ajak Iera pi Batu Ferringhi. Dengan motorsikal. Sebabnya kereta dia mak dia naik pi kenduri. Tahu dek mak Iera, memang mampos Iera..hehe..

Aina punyalah excited..Yelah, dah lama dia idamkan nak pi pantai. Nak main air laut. Ni baru dapat peluang. Iera memang tak fikir apa..cuma fikir kebahagiaan Aina je..

Masa ni baru lepas makan KFC.

Seronok bila dah jumpa air.

Boring..Bila anak dan abah pinggirkan mama..huhu..

Tengok tu..


Memang dah lama Iera tak ke Batu Ferringhi dengan ex. Tapi demi Aina, Iera tolak ketepi semua rasa. Aina happy sangat bila dapat bersama abah dia. Sikit-sikit abah itu..sikit-sikit abah ini..Walau hanya spend masa 4,5 jam untuk Aina tapi sudah cukup untuk memuaskan hati Aina.

Masa on the way nak balik, Aina tertidur. Time ni Iera mula la terfikir macam-macam.. Ada rahmatnya disebalik apa yang terjadi dulu. Bayangkan kalau kami terpaksa ke sana sini bawak Aina hanya dengan motorsikal..dah tu hujan ke..tayar pancit ke..Pengalaman ni pun dah cukup buat Iera rasa bahawa Iera tak mau Aina rasa susah macam yang Iera selalu tengok terjadi kat orang lain. Pada kawan Iera yang belum berkahwin, Iera berpesan..better ada kereta sebelum kahwin or ada anak..

Pinggang ni tak usahlah cakap. Lenguh tak terkira. Bayangkan dari Batu Ferringhi nak balik ke BM. Nak ampu Aina yang tertidur tu..Dah serik..Iera cakap kat ex, nak ke mana-mana nanti dah tak mau naik motorsikal..Dah tak sanggup..Bukan nak demand, kesian kat Aina.

Apapun, Aina memang happy. Sampai rumah terus cerita kat mak Iera yang dia mandi pantai dengan abah dia..Nasib baik dia tak bagitau pi naik apa..hehe..

3 comments:

attyfir said...

Betui apa iera ckp tu

paling kurang pun kete kancil kan ..

Iera said...

Kak Atty : betul tu, kak..

jemarisepi said...

sweet memori 1 aina....mama sabar k...
tp tu lah,bila anak2 celik mata dah ader keta jadi plak cam ADAM..ajak nek bas tambang soh pegang tiket dia tnya "ibu apa ni"...hahahhah...sgt lucu...

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea