Followers

Saturday, May 1, 2010

141. Kenangan Luka 60min..

Posted by Iera at 10:40 PM

Sebenarnya aku dah tak mahu ingat semuanya. Biar perkara itu berlalu seperti tak pernah berlaku. Menerima apa yang telah tertulis dan menghadapi segalanya dengan tenang. Yang berlaku adalah sejarah dan tak mungkin akan berulang. Walau secebis harapan tu tetap ada namun lebih baik biarkan ia tertanam dihati.

Melayan kehenadak Aina yang semakin menjadi-jadi membuatkan keadaan kembali parah. Setiap ketika, setiap saat yang berlalu..dibibir merah itu sentiasa menyebut nama lelaki itu..melebihkan lelaki itu dari aku. Padanya, lelaki itu baik segalanya. Kehendaknya malam itu mendekatkan aku dan lelaki itu semula. Membuatkan sejarah-sejarah lalu bermain diingatan. Dan tarikh itu (20hb April) mengusik hati dan perasaan. Hari itu, adalah hari segala kelukaaan. Bila cinta yang terbina hampir 8 tahun terputus begitu saja. Merobek hati dan menghancur mahligai yang terbina dengan penuh cinta.

Diam seribu bahasa. Terasing dalam dunia sendiri walau di depan mata seorang lelaki yang pernah suatu ketika dulu bersama meredah suka duka..yang suatu ketika dulu..didakapannya terpatri rasa cinta..Sesungguhnya di malam ini, aku mengakui..sehebatnya aku mengagungkan ketabahan diri sebenarnya aku tetap seorang wanita yang jauh di sudut hati itu menginginkan keindahan lalu menjadi milikku semula..mendengar bibir merah si anak yang tak henti-henti bersilih ganti memanggil namaku dan lelaki itu..membuatkan aku merasa betapa hidup ini terasa kurangnya bila sebuah keluarga itu tidak dilengkapi dengan sempurnya..Namun segala rasa ini, tak akan sesekali aku suarakan pada lelaki itu..Tak mungkin..kerana dihatinya itu telah ada wanita lain yang pernah menghancurkan kebahagiaan aku..

Dan aku tahu, disebalik sinar mata lelaki itu terpancar cahaya kasih teramat mendalam untuk Aina..dan terselit kekesalan yang tak mampu disuarakan kerana dihalang keegoan. Biarlah..biar bebanan itu menghimpit hatinya kerana apa yang terjadi atas kesilapannya sendiri..Biar dia jua merasai hebatnya derita yang pernah suatu ketika aku tanggungi..Dia pasti hidup penuh rasa resah..diburu rindu yang teramat mendalam terhadap Aina..

Dan di petang itu, aku kembali semula ke rumah itu. Didesak oleh Aina yang ingin ke sana membuatkan hati terasa sakit menahan sebak. Di kamar itu pernah menjadi saksi penyerahan cinta..di ruang rumah itu pernah terselit seorang aku sebagai ahli keluarga itu..dan di ruang itu juga pernah menjadi medan persengketaan hingga menghancurkan segalanya..Semuanya menyeksakan..membuatkan aku sudah tak sanggup untuk berdiam di situ lagi..Setelah sekian lama..perasaan ini tiba-tiba meruntun hati..

Kata orang, jangan hidup dalam kenangan kerana inilah jadinya..aku bukan hidup ditemani kenangan.aku dah cuba melupakan segalanya namun sesekali kenangan itu terusik di minda..berdayakah aku?

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea