Followers

Thursday, April 29, 2010

140. Dua Lelaki dalam Hidup Mak

Posted by Iera at 12:57 PM
Aku mimpi arwah bapak aku. Bila aku cerita kat mak, mak cakap mungkin dah lama aku lalai. Memang betul. Sejak akhir2 ni aku lalai. Dah lama aku tak pegang Quran. Sudah sampai masanya aku kembali jadi diri aku semula. Dan semalam, aku memegang kembali kitab suci itu. Aku bukan hebat sangat tapi Alhamdulillah..aku masih mengenali huruf-huruf jawi..lidahku masih lembut dan fasih mengalun ayat-ayat suci.

Masa yang selebihnya aku berbual dengan mak tentang arwah bapak aku..Tentang lelaki-lelaki yang ada dalam hidup mak aku. Mungkin tak ramai tahu termasuk juga kawan-kawan aku bahawa selepas arwah bapak aku meninggal ( 15.8.1998 ), ada lagi seorang lelaki yang hadir dalam hidup mak aku. Dan lelaki itu juga dah pergi menyahut panggilan Ilahi 10 bulan yang lalu ( 11.8.2009 ).

Memang tak ada tukar gantinya bapak sendiri dengan bapak tiri. Kasih sayang bapak sendiri tak ternilai, pengorbanannya terlalu besar. Arwah bapak aku tak sempat melihat bila kehidupan anak2nya bermula. Bila arwah dah tiada, barulah terasa kehilangannya Walau apa pun keadaan, hanya doa yang mampu diiringi.

Aku mengakui bahawa bapak tiri jugak ada pentingnya dalam hidupku. Biar pun dia tidak sehebat bapak sendiri, namun dia jugak banyak berkorban untuk aku. Selepas aku tinggal semula dengan mak, arwah bapak tiri dan mak aku jugaklah yang tiap2 pagi dan ptg hantar dan ambik Aina di rumah mengasuh. Arwah memberi kasih sayang untuk Aina. Kalau aku nak keluar ke mana2, arwah sanggup jaga Aina untuk aku. Dan kalau arwah dan mak aku nak keluar walau ke kedai sekali pun, pasti arwah akan bawak Aina bersama. Sehinggakan pernah Aina memanggil arwah abah. Tapi Tuhan lebih menyayanginya. Dan hanya Tuhan saja Yang Tahu mengapa arwah dijemput secara tiba2. Tanpa petanda.

Kata mak aku, sebelum mak aku berkahwin dengan arwah bapak tiri aku..mak aku pernah bermimpi arwah datang bersama arwah bapak aku. Dan sebelum arwah meninggal, mak aku jugak bermimpi..arwah jugak datang bersama arwah bapak aku. Kata orang tua, mungkin arwah bapak aku yang ajak arwah 'pergi' bersama. Wallahualam..

Sekarang ni Aina still ingat arwah bapak tiri aku. Aina selalu cakap :

'Dulu tak ada abah ( ex ), ada tok wan..ada mama..ada tok..La ni ada abah ( ex )..tok wan dah mati..'

*Ada tersirat disebalik kata2 ni..Fikir2kanlah..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea