Followers

Wednesday, May 12, 2010

146. Cinta Itu Buta

Posted by Iera at 1:11 PM

Memang tak sepatutnya aku post entry ni. Akan mengaibkan orang tapi aku takkan sebut nama dia kat sini. Biarlah aku namakan dia Ani.

Ani ni dah 25 tahun. Dia cintakan seorang lelaki, Adam yang hanya menganggapnya seorang adik. Tapi layanan Adam pada Ani kadangkala diluar batasan. Mereka keje di kawasan yang sama tapi berlainan ofis. Setiap pagi Ani akan belikan Adam breakfast, bila lunch keluar berdua dan balik keje bersama. Kadangkala mereka datang bersama. Semua orang menganggap mereka couple. Tapi hakikat sebenarnya hanya Ani yang bertepuk sebelah tangan.

Hidup Adam tak pernah sunyi dengan wanita. Teman wanitanya bersilih ganti. Dia bukan muda lagi. Umurnya dah hampir 40 tahun. Bila Adam ada affair dengan mana-mana wanita, Ani akan menjerut rasa. Memendam rasa luka. Pernah suatu hari, Ani meraung sekuat hati kerana luka yang Adam berikan, berjanji kononnya itu kali terakhir dia akan bersama Adam. Tapi Adam bijak. Dia gunakan kelemahan Ani kerana hidupnya sekarang banyak bergantung kepada Ani. Gajinya tidak cukup untuk menampung kos hidup yang tinggi. Ani yang selalu back up hidupnya.

Walau apa yang telah Adam lakukan kepadanya, Ani tetap setia menanti sedangkan Adam tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya. Sorang demi sorang kawan Ani berkahwin dan memiliki keluarga tapi Ani masih seperti dulu. Ani memang ramai peminat. Tiap kali dia upload gambar kat FB, ramai lelaki yang berkenan kerana wajahnya yang fotogenik. Tapi hubungannya dengan mana-mana lelaki yang dikenalinya itu setakat pertama kali keluar saja. Selepas itu mereka putuskan hubungan dengannya.

Menyedari hal itu, ada beberapa orang kawan Ani mencadangkan Ani supaya menjaga badan , menjaga penampilan diri kerana dia masih muda. Bentuk badannya kalah perempuan beranak lima, wajahnya kusam tanpa alas bedak dan dia makan tanpa ada hadnya. Dia tidak pernah endahkan nasihat kawan-kawannya itu kerana termakan dengan cakap Adam yang mengatakan dia sudah sempurna dengan keadaan dirinya sekarang. Dia tidaktahu niat Adam. Jika dia menghias diri sudah pasti ramai lelaki yang hendakkannya dan dia akan tinggalkan Adam. Adam pula akan susah kerana Ani tidak lagi menampung hidupnya.

Terbaru, Adam menjalin hubungan lagi dengan seorang wanita. Bila duit gaji habis digunkan, Adam memujuk rayu Ani.Kerana sayang, Ani turutkan kehendak Adam sehinggakan Ani dengan tidak ada perasaan malunya meminjam kepada kawannya. Semuanya Ani lakukan untuk Adam. Sekali ini, kawan-kawan Ani tidak lagi mahu mengendahkan Ani kerana sudah muak dengannya. Bila diansihati tidak diendahkan tetapi seandainya orang lain berlebih darinya, perasaan dengki menguasai. Mereka hanya menunggu masa. Melihat saja kebodohan Ani menghamba diri kepada Adam.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea