Followers

Wednesday, July 28, 2010

178. Update

Posted by Iera at 5:00 PM

1. Terkejut malam tu bila bekas mak mentua aku yang dah bertahun tak jejak kaki ke rumah aku tiba-tiba datang hantar buah durian untuk Aina. Mak aku pun terkejut sama. Memang la aku still baik lagi dengan family ex tapi rasanya last dia datang rumah aku masa raya 2007..lepas tu tak dah..Dan aku pun dah lama tak pi rumah dia. Bekas mak mentua aku tak sangka Aina sebijak tu dan mulut tak reti diam. Pandai bercakap dan pintas apa orang cakap. Anak sapa la tu eh..

Apa pun thanks untuk belas mak mentua aku tu yang sudi datang walaupun tengah hujan lebat semata-mata nak hantar durian favourite Aina..

2. Masa on the way balik dari dengan Aina dan ex petang kelmarin, Aina yang memang tak reti diam mulutnya berkata :

Aina : Abah..abah..Na tak sayang mama dah..Na sayang abah sorang saja.
Aku : Aik, tak sayang mama dah ka? ( Amboi2..Anak aku ni...statement bahaya ni )
Aina : Ya la..
Aku : Mana boleh macam tu..Kena sayang mama jugak la..Mama yg jaga Aina..tido dengan Aina.
Aina : Tak mau, Na nak sayang abah sorang saja..

Terkelu aku dengar. Walaupun Aina tu budak kecik lagi tapi ni dah kira statement 'maut' kat aku..Nanti dia set kat otak dia yang dia hanya sayangkan abah dia sorang dan aku tak sayangkan dia lagi..

2 comments:

atty's said...

budak2 sekrang mmg advance bijaknya ..

Iera said...

itulah, kak atty..kdg2 buatkan kita rasa takut..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea