Followers

Tuesday, July 13, 2010

170. Anak Saudara

Posted by Iera at 12:44 PM
11 Julai, 11.45 malam, adik aku selamat melahirkan seorang lagi puteri. Beratnya 3.8kg secara normal. Tapi aku tak boleh nak ambik gambar sebab baby still lagi kat ICU, ada masalah pernafasan. Harap-harap baby tak ada apa-apa. Menurut adik ipar aku, baby tembam macam Aina. Lagi la tak sabar nak tunggu baby balik.

Nasib baik kelmarin aku cuti. Sebab malam tu aku, mak, Aina, adik ipar aku, adik ( anak adik aku yang ketiga ) dan mak mentua adik aku berada sama di Hospital Seberang Jaya sehingga jam 3.00pagi. Kira kelmarin, aku boleh rest. Itu pun kejap saja sebab bawak mak aku pi tengok adik aku yang baru balik kat Alma.

Harap-harap hari ni baby dah boleh balik..Tak sabar dah nak peluk cium..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea