Followers

Monday, July 5, 2010

165. Tukar Product, No!

Posted by Iera at 11:03 AM
Kelmarin, Wani ada appointment dengan ASTER SPRING, JUSCO. Buat facial muka yang kononnya ada promotion untuk hari tu. Masa dengar penerangan dari consultan tu, aku dah dapat agak dah..Mesti lepas facial, depa akan pujuk rayu suruh beli produk atau terus buat treatment kat situ. Tapi disebabkan muka Wani memang bermasalah, Wani teruskan buat treatment tu.

Sementara tunggu Wani, aku on9 FB..yelah, nak kena tunggu 1 jam..lama tu. Tiba-tiba, datang sorang consultan chineese.

Dia : u tak nak buat facial macam adik u ke?
Aku : x kot ( dah agak dah..)
Dia : i tgk kulit u nampak kering, nanti i try check..lepas tu i blh bagitau apa masalah kulit u
Aku : i tak rasa nak buat facial hari ni..just temankan adik saja
Dia : oo...muka u pakai apa?
Aku : Felisa..
Dia : u tak nak change ke..sebab kulit u nampak kering..
Aku : sorry la..i tak terfikir nak change product..actually, dulu kulit i teruk sangat..cepat terbakar..ada parut hitam..lepas i guna Felisa, kulit i dah ok..i memang dah berpuas hati dengan product ni..i dah guna sejak 2003 lagi..
Dia : oklah..( hampa dan terus bangun )

Lepas 5 min, aku pun ambik keputusan keluar window shopping..kalau tunggu lama-lama nanti, mesti nak suruh buat treatment macam-macam pulak. Aku ke Popular. Teruja sangat dengan novel-novel terbaru tapi terpaksa tahan perasaan tu. Novel takde dalam list bulan ni. Aku cari buku yang sesuai untuk Aina. Bila dah jadi ibu ni, fikiran dan hati sentiasa terfikir yang terbaik untuk anak. Selalu cari bahan-bahan bacaan dan tulisan yang terbaik. Manalah tahu, impian aku yang tak tercapai tu dapat Aina tunaikan...

Kata nak window shopping, tapi nama pun perempuan kan..masuk je bahagian pakaian kanak-kanak, dah jadi mamai. Mana taknya, tengok sales. Rembat jugak 2 pasang baju untuk Aina. Sudah pasti brand yang aku suka, SEED.

Kembali semula ke Aster Spring, Wani baru sudah. Memang betul jangkaan, campur produk dan facial treatment dekat rm300. Itu pun belum tentu terjamin lagi keberkesana product tu. Aku memang susah sikit nak bertukar jenama product lain kalau dah percayakan sesuatu product tu..tapi bagi Wani, dia berani mencuba..Kalau tak ok, dia tukar lagi..Ni tak tahulah, berkesan ke tak bila dah tempek kat muka dia.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea