Followers

Friday, July 9, 2010

169. Jungle Tracking, Taman Negara Penang ( 7/7/10 )

Posted by Iera at 12:37 PM
Planning untuk Jungle Tracking ni dah lama tapi asyik cancel sebab member aku, Yati ada course dan exam. Bila dapat date yang sesuai, terus je set untuk ke sana. Tanpa perancangan yang betul. Sebab tu cuma kami bertiga saja.


Pintu masuk ke Taman Negara.

Sebelum masuk, kena beli tiket dan registered nama dulu untuk naik titi gantung kat kaunter depan. Harga RM5 sorang. Lepas tu kena bagi kad masuk kat security guard untuk cop.


Monyet-monyet ni tengah standby nak rampas keropok member aku, Yus.


Biasalah, bila berjumpa ada saja story..Tapi yang penting, bukan mengumpat.




3 mak dara..




Posing dulu sebelum jalan atas titi gantung.






Muka takut..hehe..

Sebelum naik titi gantung, kena registered nama dan no ticket kat sorang pekerja yang memang dah ada kat jalan masuk. Masa pijak titi gantung yang kedua, terdengar bunyi semacam je lantai tu. Aku dan Yus mulalah naik takut. Sebab tu muka semacam je dalam gambar.haha..




Biasalah..kena report kat 'kastam' ( asben )..



Perjalanan ke Pantai Kerachut memang mencabar. Jalan yang berbukit betul-betul menguji kekuatan fizikal. Agak susah untuk berjumpa jalan rata atau turun. Sehingga sampai satu tahap, terpaksa juga berhenti untuk rehatkan kaki sebentar. Namun semangat tu tak pernah hilang. Ada sekali masa pertengahan jalan, aku seolah terpandang benda macam ular tapi apabila aku toleh sekali benda tu hilang. Aku hanya berdiam dan simpan perkara ni dalam hati. Ikut pesan orang tua , jangan menegur. 5 minit ( 500meter ) sebelum sampai ke pantai Kerachut, petir berdentum di langit. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Angin begitu kuat sekali. Kami terjumpa 3 orang perempuan chinesse yang sedang mencari jalan ke pantai. Mereka mengambil keputusan untuk join kami. Di dalam hati hanya berdoa agar apa-apa musibah tidak menimpa. Setiap dari kami hanya diam sambil teruskan perjalanan.

Kami berhenti di sebuah tempat rehat sementara menunggu hujan berhenti. Satu badan memang basah lencun. Agak lama disitu, kami mengambil keputusan untuk ke pantai. Terserempak dengan sekumpulan student yang datang untuk BBQ. Kami ke Pondok Pos untuk bertanyakan bot. Bot akan sampai pukul 2 ptg bermakna kami kena tunggu 1 jam lagi. Kami berteduh dari hujan di sebuah stor.


Pantai Kerachut selepas hujan berhenti.



Selepas hujan berhenti, kami bertiga berehat di bangku yang disediakan disitu. Salah seorang dari student tadi datang menghantar 3 keping sandwich. Alhamdulillah, rezeki..






Gambar sebelum tragedi bot..

Kami naik bot bersama 3 orang perempuan chinesse tadi. Dikenakan bayaran sorang RM15. Disebabkan ombak yang kuat, bot melambung agak tinggi dan terhempas agak dalam. Yati meraung sekuat hati kerana takut. Dia dan Yus berpindah tempat ke hadapan pemandu. Dalam perjalanan, dia memegang kuat pembantu bot. Dah tak fikir malu. Memang ngeri tapi terpaksa juga lalui. Walaupun aku nampak maintain, tapi sebenarnya hanya Tuhan Yang Tahu. Di dalam hati aku berdoa dan membaca ayat-ayat suci supaya hilang sedikit perasaan takut tu..



Alhamdulillah, semuanya selamat. Kami berehat sekejap dan kemudian bertolak balik. Inilah baru dikatakan meredah segalanya.. onak duri, hujan lebat, petir memanah langit, angin yang kuat dan laut bergelora...Pengalaman ni memang mencabar tapi satu kepuasan yang tak terhingga.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea