Followers

Wednesday, July 14, 2010

171. Untuk Seorang Kawan

Posted by Iera at 12:56 PM

Hidup awak diuji lagi..Kali ni ujian yang betul-betul mencabar kesabaran awak. Dan awak kena kuat untuk berdepan semua ni. Awak kena pertahankan hak awak kerana awak lebih berhak ke atas segalanya. Dia dan mereka telah membelakangkan awak..Bukankah seringkali saya ingatkan awak..jangan terlalu mengejar hidup sehingga awak terlepas sesuatu yang tak mungkin awak jangkakan..Sekarang, lihatlah apa yang dah mereka lakukan pada awak..

Awak, saya nak awak 'berjuang' menentang mereka-mereka itu..Kemenangan pasti dipihak yang benar..Saya sentiasa berada di belakang awak..sentiasa menyokong apa jua tindakan awak..kerana kita adalah kawan..yang akan menjadi kawan sampai bila-bila..seperti mana awak..saya masih seperti dulu meski pun kita dah semakin jauh..dan saya tetap akan bersedih jika awak bersedih..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea