Followers

Monday, July 5, 2010

166. Cerita Tengahari

Posted by Iera at 12:40 PM


Lunch tadi, aku ke kantin dalam Penang Port ni dengan bos aku, Kak Ros. Selalunya, aku makan siap-siap pagi tapi pagi tadi terlewat sikit ( biasa la..isnin kan..) so, tak tapau la pagi ni...Masa kat kantin, ada sorang pekerja kantin tu ( perempuan ) tiba-tiba tanya aku.

Dia : macam biasa tengok saja..dok kat mana?
Aku : kat BM
Dia : patut la macam biasa tengok..kak dok pi rumah kakak kat Tanah Liat
Aku : tersenyum...
Dia : suami?
Aku : tersengih saja...( ni yang leceh ni..)
Dia : suami yang kurus-kurus, tinggi yang selalu makan sini tu ka?
Aku : cuma tersenyum..
Kak Ros : aik, jangan tersilap..ada sorang lagi muka macam dia ( sepupu aku )..dia tu selalu mai dengan asben dia..( menyampuk tiba-tiba )
Dia : kan suami dia ( aku ) yang tinggi tu..
Aku : ha yang tu la ( terpaksa mengaku )

Aku berbisik kat Kak Ros yang pekerja tu maksudkan adalah aku dan ex, bukan sepupu aku dengan asben dia. Barulah Kak Ros perasan yang asben sepupu aku rendah bukannya tinggi..Tapi yang menghairankan tu, aku tak pernah pun bagitau sesiapa apa hubungan aku dan ex. Dah tu cakap seolah aku still wife ex. Patut la selama ni bila aku pi kantin je, pekerja kantin kat situ ushar aku semacam je. Ni kena buat check dengan ex ni..Nanti jatuh la saham aku..haha..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea