Followers

Saturday, July 24, 2010

176. Terkilan

Posted by Iera at 1:35 PM

Memang aku tengah ralat sangat dengan seorang kawan ni. Dari semalam sampai ke sekarang aku masih lagi rasa macam ni. Aku ada minta tolong seorang kawan buat logo untuk nursery tempat Wani bekerja. Simple je logo tu. Lagipun idea datang dari aku. Tak tahu la apa maksud TOLONG pada 'dia'. Bila dah siap, 'dia' send email. Baca je email tu terus berderau darah aku sebab dia minta aku bayar RM60 untuk logo yang 'dia' buat tu. Aku boleh bayar RM60 tu. Apalah sangat kan tapi aku cukup terkilan dengan 'dia'. Dah la hari tu mintak aku beli baju event 'dia'..Cara bertanya macam nak bagi je..rupanya mintak aku bank in duit untuk harga baju tu..baik aku beli je FILA..Memang la kat dunia ni tak ada benda yang free tapi aku ada alasan kenapa aku rasa terkilan.

1. 'Dia' minta aku tolong buat dan edit ucapan untuk event BESAR 'dia' tu. Free je aku buat. Dah la guna time lunch aku..time keje aku..

2. 'Dia' suruh aku promote website photography 'dia' tu..send email kat orang..letak banner kat blog aku ( dh remove 4 bln lepas ) supaya 'dia' dapat customer..free jugak aku buat..masa yang sepatutnya aku buat keje aku dah habis sebab nak tolong 'dia' atas dasar kawan.

3. 'Dia' mintak aku edit ayat-ayat kat website..ayat-ayat untuk testimoni customer..pendek kata kebanyakan note-note 'dia' aku yang edit ( aku dah stop beberapa bulan lepas )..itu pun free jugak aku buat. Tak mintak bayaran satu sen pun. Dah la ambik masa aku..perah otak aku..

Ini baru sekali aku mintak tolong 'dia'...dah charge aku..so, kalau macam tu aku kena charge balik semua PERTOLONGAN aku kat dia selama ni..Wani dan Ida pun rasa tak percaya sebab selama ni apa saja yang aku buat keje untuk 'dia' mereka tau..Wani sound aku :

'Itulah hang..baik dengan orang sangat..orang langsung tak ingat kat hang..lain kali nak baik dengan orang berpada-pada..'

Inilah pengajaran..Aku akan beringat selepas ni..Dan sampai sekarang, aku rasa terkilan sangat..

1 comments:

Murni Alfathunnisa said...

oo...ini yang 'hate' sangat tu rupanya...hurm..tkpa la..sabaq ja la ira..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea