Followers

Tuesday, January 5, 2010

90. Kisah Seorang Kawan

Posted by Iera at 12:19 PM

Suasana Baru Kehidupan Anakku

Aku baru sahaja menghantar anak ke sekolah untuk sesi pra-sekolah 2010.Ramai ibu bapa menghantar anak mereka kesekolah siap tunggu anak mereka semasa sesi perhimpunan sehinggalah masuk ke kelas.Mungkin mereka bimbang anak mereka menangis untuk sesi baru ni.Maklum le suasana baru dalam persekolahan tapi aku bersyukur anak aku lebih bersikap ingin berkawan dan suka berkawan. Jadi tak ada masalah untuk menghantar dia kesekolah. Mungkin anak aku suka berdikari sendiri.

Melihat suasana ibu bapa yang menunggu anak mereka, aku tersentuh sedikit kerana anak aku membesar tanpa seorang ibu. Bukan kerana ibunya meninggal dunia tetapi kami bercerai semasa umur dia 7 bulan lagi. Aku yang menjaga anak ini seorang diri. Selepas bercerai ibunya tidak lagi datang menjenguk dia. Sedih kerana ada perempuan yang seperti itu. Tak ada sifat keibuan langsung. Dia tidak pernah bertanya khabar pasal anak dan tidak pernah memberi perhatian kepada anak. Aku sedih dengan nasib anak aku ni.

Aku tau anak aku ni rindukan belaian seorg ibu tapi apakan daya itu hakikatnya. Hanya adik perempuan aku yang memberikan kasih sayang kepadanya walau dia dah ada 2 orang anak dan juga ibu ku. Sekurang-kurangnya ada juga yang mengasihaninya. Mungkin sebab itu dia suka sangat berkawan dan cari kawan tapi kawan dia lebih banyak perempuan dari lelaki dan kawan-kawan perempuan dia kelihatan amat selesa berkawan dengan dia. Mungkin itu kesan dari kurangnya kasih sayang dari seorang ibu.

Namun aku pasrah dengan keadaan ni. Perceraian bukan diminta tapi mungkin jodoh kami setakat itu sahaja.Aku harap anak aku boleh membesar dengan belaian kasih sayang seorang ayah dan sekurang-kurangnya dapat mengisi kekosongan kasih dalam dirinya. Sejak kecil aku menjaganya, kasih sayang dia pada aku cukup mengembirakan aku. Itulah permata hati aku selama ini.

Susah senang kami bersama. Aku amat menyayanginya. Semoga kasih sayang kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Itulah yang dinamakan kasih sayang ayah pada anaknya. Sanggup bekorban demi kebahagiaan dan kesenangan dia di masa hadapan. Tiada yang lain aku fikirkan.Hanya dia menjadi keutamaan.

Terima kasih Imee. Daddy sayang kamu.

Tribute: Iman Nazmi Bin Nazri.
Sumber : Nazri Mohad Salleh


Aku copy entry ni dr facebook kwn aku, Naz ( atas permission dia ). Waktu aku baca entry ni, aku letakkan diri aku dlm situasi tersebut. Membayangkan aku sedang menemani Aina. Dan memang kesannya amat menyentuh hati. Namun hakikat itu pasti perlu aku lalui nanti. Sama seperti Naz.

Perjalanan dan cerita hidup kami sama. Memiliki kisah silam yang amat memilukan. Bezanya cuma, ex masih mengambil berat hal Aina. Namun perjalanan dan detik2 sedih itu tetap serupa bila sesuatu keadaan yang memerlukan ibu dan ayah perlu ada bersama. Peritnya hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui kerana sebuah keluarga yang sempurna memerlukan ibu dan ayah di samping anak-anaknya.

Apa pun juga keadaan itu, aku dan Naz kena lalui jua kerana inilah sebuah KEHIDUPAN. Menerima hakikat yang telah tertulis buat kami demi memberi kesempurnaan kepada anak. Dan sebagai kawan, aku tetap berharap pencarian Naz selama ini akan berakhir dengan kebahagiaan. Aku tahu..dia seorang yang kuat untuk menempuhi setiap ujian yang datang..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea