Followers

Tuesday, December 22, 2009

84. Warkah Buat Seorang Teman..

Posted by Iera at 10:21 AM


Maafkan saya kerana telah membuatkan hidup awak kucar kacir..membuatkan awak terpaksa buang masa dengan benda2 yg remeh temah.. Bukan saya yang mulakan segala tapi awak. Saya tak pernah menjanjikan apa2 tapi awak yang selalu memberi harapan. Bila saya dah mula menerima harapan itu, awak bagai bermain tarik tali. Bijakkah awak?

Hati saya sudah cukup sakit setelah awak muncul semula. Awak buatkan hidup saya bagai di awangan. Dan apabila saya terhempas ke bumi, ia teramat sakit. Terima kasih atas segalanya. Cukuplah dengan permainan itu. Mungkin bagi awak, saya tidak selayaknya untuk awak. Kita memang seperti enggang dan pipi yang tidak layak beriringan walau di awan yang sama. Mungkin juga kita ini bagai langit dan bumi.

Kalaulah awak sedar semua itu dulu.. Kalaulah awak tetap mengagungkan persahabatan kita..Pasti tidak akan ada hati yang terluka. Pasti jua saya tidak akan menjauh sebegini. Mungkin suatu hari nanti awak akan sedar..kekurangan yang ada pada saya itulah yang akan membahagiakan awak hingga ke akhirnya..

Hati saya dah terluka..

2 comments:

Shell In A Nutshell said...

saya pun sdg merasakannye :((((

Iera said...

sedihkn..sama2lh kita melawannya..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea