Followers

Monday, March 29, 2010

136. Cabaran Sudah Bermula

Posted by Iera at 11:15 PM


Beberapa hari ni..aku dah menyedari bahawa semakin bijaknya Aina, aku perlu kuat untuk berdepan dengan cabaran ini. Kat hati kecil Aina selalu berasakan Abah dia sedang bekerja. Sebab itu, Abah dia tak ada kat rumah. Tiap kali Abah dia datang, Aina akan bagitau semua orang bahawa Abah dia dah balik.

Setiap ketika Aina berharap agar Abah dia akan balik rumah. Ternanti-nanti. Tiap kali hari Sabtu ( aku cuti ) Aina dah tahu bahawa Abah dia akan datang ke rumah. Kalau hari yang sepatutnya tapi Abah dia tak datang, Aina akan tel. Aina akan marah kalau ada sesiapa yang sengaja berkata yang tidak baik tentang Abah dia.

Dan yang paling tersentuh, bila Aina berharap aku dan Abah dia akan hantar dia ke sekolah tahun depan.. Akan ambik dia balik dari sekolah.. ( Aku pernah menyelami apa yang dirasai Naz dulu..dan keadaan yang sama semakin hampir denganku..)Cabaran sedang bermula. Aku kena terima apa jua keadaan..kena berdepan apa jua situasi yang menyentuh hati..

'Na anak abah..anak mak..'

'Nama Na Nurul Aina Najihah bt Zaini'

'Na sayang mak..Na sayang abah..'

Kata-kata inilah yang setiap ketika ada dibibir Aina..Dan tiap kali kata-kata ini terlafaz dibibir Aina, tiap kali itu juga aku tersenyum dalam duka.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea