Followers

Sunday, March 21, 2010

129. Rahsia Selama Ini..

Posted by Iera at 10:50 PM


Selepas semuanya selesai, aku rasa sudah sampai masanya aku membuka rahsia ini. Bukan niat nak mengaibkan sesiapa tapi aku hanya ingin melepaskan apa yang terpendam kat hati selama ini.

Aku cuba dikenalkan dengan seseorang yang sama status Bukan aku yang nak sebenarnya dan aku tak pernah bersetuju dengan rancangan ni tapi kak S yang buat keputusan bagi pihak kau tanpa persetujuan aku. Tahu2, hal aku, no tel aku dah ada pada parents lelaki tersebut.

Tapi aku perlu melalui proses interview dengan parents dia dulu. Kalau parents dia suka, barulah aku akan dikenalkan dengan lelaki tersebut. Itu yang bapak lelaki tersebut cakap pada aku di dalam tel. Aku rasa terhina sangat dengan situasi ini. Dan aku menolak rancangan ini tanpa rasa penyesalan.

Aku tak tahu apa ada dalam fikiran mereka. Mereka ingat aku gilakan harta, gilakan kekayaan sampaikan bagitau yang anak mereka tu ada segalanya. Mereka buat aku ni yang tergila-gilakan anak mereka, terdesak sangat untuk berkahwin.

Pada mak, aku ceritakan hal ni dan mak rasa sedih sebab pandangan mereka terhadap aku. Seoalah aku hanya akan bahagia bila berkahwin dengan anak mereka. Kak S mengatakan aku menolak tuah. Itu kata dia tapi bukan aku. Aku tak nak terkurung di dalam sangkar emas..biarlah hidup aku begini.

Aku dah pun merenung ke dalam diri bahawa apa yang aku cari selama ini hanyalah kebahagiaan bersama Aina. Aku selesa begini kerana aku ada mak yang selalu ada di belakang aku, aku ada adik2 yang sentiasa bersama aku..aku ada kwn2 yang tak putus2 memberi dorongan padaku..Kerana ada mereka semua, hidup aku sentiasa bersemangat..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea