Followers

Monday, March 22, 2010

132. Aina..Aina..

Posted by Iera at 9:26 PM

Masa aku nak panggil Aina balik dari bermain kat rumah mak sedara aku ptg tadi, aku terdengar perbualan Aina dan mak sedara aku. Masa tu Aina tak perasan aku datang .

Aina : mak Na ( Aina ) nak kawin

Mak sedara aku : mak nak kawin dengan sapa?

Aina : dengan abah Na la

Mak sedara aku : sapa bagitau Aina?

Aina : tok la

Bila aku tegur Aina, terus Aina diam. Aku tanya Aina. Menurut mak aku dan mak sedara aku, habis semua orang Aina bagitau macam ni termasuk tok pengasuh dia. Semua orang tanya mak aku tentang kesahihan cerita ni.

Aku : bila mak cakap macam tu? mak tak bagitau Aina pun.

Aina : tok la

Aku : bila tok bagitau Aina?

Aina : ( tersenyum..) Aina nak dok dengan mak dan abah la..

Aku terdiam bila Aina cakap macam tu. Itu suara hati Aina yang selalu aku dengar.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea