Followers

Wednesday, January 6, 2010

91. Kenapa?

Posted by Iera at 10:49 AM


Aku tak tahu mengapa 2 hari ini diri aku bagaikan terawang-awang. Hatiku dan mindaku kosong. Aku seakan hilang diri yang sebenar. Selama 2 hari ni aku terasa malas sekali hendak membaca..tak de ilham nak menulis..x de keyakinan untuk melukis.. Sedangkan aku perlu lakukan salah satu dari itu setiap hari. Dah menjadi rutin harianku walau sepenat mana pun aku bekerja.

Di saat orang lain sedang nyenyak tido, aku boleh lagi berjaga hanya kerana minat tu. Kalau tak menulis, aku akan rasa hidup aku tidak lengkap ( mcm pi Langkawi hari tu, aku tak bwk buku dan pen...). Biarpun coretan-coretan tu sekadar penyeri suasana.

Tapi hari ini.. aku seakan hilang semuanya. Puas aku mencuba tapi ilham itu tidak boleh dipaksa ( sama seperti cinta kn..). Ia akan datang dengan sendirinya. Kdg2 masa aku tgh shopping ke tgh bwk mtr ke, aku akan dpt ilham. HP lah jadi mangsa utk aku simpan ilham itu.

Adakah aku sudah mula membuang 'inspirasi' itu sedikit demi sedikit dr hidupku? Adakah semuanya akan berubah sehinggakan aku terpaksa bangkit semula mencari 'inspirasi' baru?

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea