Followers

Tuesday, January 26, 2010

97. Kesedihan seorang sahabat

Posted by Iera at 12:52 PM


Pg tu, aku SMS dia seperti biasa krn hr ni dia akan berdepan dgn keadaan yg tak terduga. Di saat mcm ni dia perlukan sokongan seseorang. Dan sebagai sahabat, aku patut menjadi penyokongnya. Aku sedih dgn situasi yg dia lalui waktu. Sedih yg teramat. Aku tahu, dia mengharapkan keajaiban berlaku tapi Tuhan dah tetapkan bahawa dia harus berdepan dgn keadaan sebaliknya.

Saat aku menulis message, aku sebak. Menahan airmata dr menitis. Walau bukan aku yg lalui semua itu tp aku dpt rasakan apa yg sedang dia tanggung. Seharian hatiku pilu. Kerana dialah sahabat yg terdekat dgnku, yang banyak mendengar suka dukaku..yg memahami segalanya..

Awak, saya akan sentiasa berada disisi awak..Akan sentiasa mendengar cerita suka dan duka awak..Saya harap awak kuat dan tabah dengan ujian ini. Saya percaya, Tuhan akan beri keadilan utk awak. Saya dah tak sanggup tengok awak sedih.. Saya dah tak sanggup nak tengok awak hidup macam ni.. Saya berdoa agar Tuhan berikan kebahagiaan utk awak nanti..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea