Followers

Tuesday, May 21, 2013

404. Soal Hati

Posted by Iera at 1:27 PM


Memang agak tidak sedap telinga ni dengar bila ada orang bertanya tentang hubungan aku dengan seseorang. Bagi aku hubungan itu tidak lebih dari seorang kawan. Tak lebih dari itu. Soal hati ni hak individu. Kalaupun ada sesiapa yang ada hati kat kita, itu hak dia. Kita tak boleh nak marah dia. Sama juga bila kita ada simpan perasaan kat orang lain. Atau minat kat seseorang. Yang penting kita tahu kat mana letaknya hati kita. Rapat atau mesranya kita dengan seseorang bukan bermakna itu cinta. Bukan bererti ada rindu dendam antara kami. Kadang-kadang, apa yang kita dengar dan nampak tak sama dengan kebenaran yang sebenar. 

Aku belajar dari pengalaman mengenal seseorang. Kenal bukan bererti perlu bercinta. Ambik tau bukan bermakna ada rasa sayang. Kadangkala ia lebih kepada ambik berat terhadap seorang kawan. Mungkin tak ramai kenal aku. Kenal diri aku. Memang diri aku macam ni. Aku mudah rasa simpati pada orang lain.. Mudah ambik berat tentang orang lain.. Termasuk kawan-kawan aku sendiri. Mungkin orang yang tidak kenal aku menganggap aku ni ambik peduli hal dia kerana ada rasa di jiwa. 

Hati aku..bukan mudah untuk dimiliki. Bukan mudah untuk diserahkan pada sebarangan orang. Walaupun di sekeliling hidupku dipenuhi lelaki.. Dan aku bukan kemaruk nak bercinta sehingga sanggup memusnahkan kebahagiaan orang lain. 7 tahun aku meneruskan hidup tanpa cinta..apakah aku tidak sanggup untuk teruskan hidup ini selamanya biarpun tanpa cinta?  

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea