Followers

Wednesday, January 25, 2012

353. Penyedut Bau-bauan Dalam Kereta

Posted by Iera at 10:15 AM

Photo blur sikit sebab Aina yang ambik..

Nampak tak photo atas tu..Tu adalah penyedut bau-bauan kereta Iera..Iera ambik idea tu bila tengok Maksima dalam segmen DIY. Bukan apa, dalam kereta Iera, tak boleh letak langsung pewangi..diharamkan sama sekali sebabnya mak Iera tak tahan bila naik kereta. Tambah-tambah yang ada pewangi. Nanti dia pening walaupun hanya pi tempat dekat. Tapi bila dah tak ada pewangi, akan muncul bau-bauan yang macam-macam..( tu adik ipaq sorang tu bila drive suka hisap rokok )..

Jadi, bila dah dapat idea ni, terus suruh mak buatkan..Iera? Pandai bagi idea je..tangan tak kreatif langsung..hehe..Idea sebenar bukan macam ni tapi mak Iera buat ikut kekreatifan dia sendiri..ALhamdulillah, lepas 2 bulan guna..dalam kereta tu tak ada la bau bau-bauan yang ditinggalkan..sebab arang tu akan sedut segala bau..

Cara nak buat tu senang je..Ambik gelas kaca kecik ( Iera dapat masa pi kenduri mana ntah ) kemudian letak arang dalam tu..tapi kena ketuk kecik-kecik sebab masa beli arang kat kedai, besar-besar kan..kemudian balut la dengan kain net..letak bunga ros kecik tu...apa pun terpulang pada masing-masing nak hias macam mana...Tapi kalau tak mau guna gelas kaca pun boleh, boleh guna botol mineral yang dipotong dua...

Selamat mencuba..

2 comments:

ziey said...

menarik idea tu...berapa lama tahan

Iera said...

setakat ni iera dah guna 4 bulan..tp still ok lagi..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea