Followers

Tuesday, January 31, 2012

355. Petua Kurangkan Batuk

Posted by Iera at 12:39 PM


Batuk yang tak henti-henti di tengah malam? Susahkan bila nak tidur..Petua ni Iera ambik dari arwah bapak Iera. Dulu, masa kami adik beradik yang 7 orang ni batuk bila nak tidoq malam, arwah bapak Iera selalu buat petua ni untuk kami.

Caranya senang saja..Ambik 1 atau 2 ulas bawang putih, kemudian cucuk la kat mata pisau ke, garpu ke atau apa-apa saja yang boleh digunakan...tapi tak payah kupas kulit..Bakar la bawang putih tadi kat atas api sampai agak-agak lembut sikit. Bubuh sedikit minyak masak dalam piring, kemudian tenyeh ( lecek ) bawang putih tapi jangan sampai hancur..agak-agak je..Lepas tu sapulah kat dada, leher dan tengah belakang.. Insyaallah, batuk pun akan berkurangan..

Iera selalu buat petua kat Aina bila Aina makan ubat tapi still batuk..Alhamdulillah, batuk Aina dah berkurangan dan boleh tidur lena..

1 comments:

ieda said...

tq sharing dik ;)

salam kenal ..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea